Tindakan terdesak "Red Bean Army" yang cuba menaraik perhatian Dunia mengenai tindakan tegas tegas yang akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa keatas indvidu atau kumpulan yang cuba menghasut dan menfitnah Kerajaan melalui laman siosial.
DAP menubuhkan pasukan tentera sibernya untuk menyerang dan meruntuhkan kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi beberapa tahun sebelum PRU13 berlangsung. Dikatakan anggotanya berjumlah 1500 orang yang menggunakan kemahiran dan kepakaran mereka dalam dunia IT untuk menimbulkan kekacauan dan kekeliruan dikalangan ahli masyarakat.
Saranan itu diutarakan pembaca Utusan Malaysia, Kevin J. C. Chuah, yang baru-baru ini menyatakan sokongan supaya tindakan tegas diambil terhadap kumpulan Red Bean Army.
Kevin berkata, kebanyakan laman sosial yang dimiliki
Red Bean Army menggunakan bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi.
Beliau yang mengetahui perkara itu menerusi
pemerhatian di laman Facebook 'We Fully Support PKR' dan 'Hew Kuan Yau'
mendapati, komen-komen mereka mula ke arah memberi amaran sesama sendiri supaya
tidak membongkar identiti ahli mereka sekiranya ditahan pihak berkuasa.
"Ada antara mereka sudah mula mengalih haluan
termasuk menghentam rakan-rakan mereka yang telah dihubungi polis. Mereka mahu
dilihat seolah-olah tiada kaitan dengan individu-individu yang dikenal pasti
pihak berkuasa.
"Contohnya, seorang tentera mereka yang
menggunakan nama 'Sam Chen' dalam Facebooknya meminta rakan-rakannya
menghentikan tindakan menghentam sesama mereka termasuk tidak menjadikannya
sasaran," katanya.
Menurut beliau, Sam Chen sebelum itu menulis di laman
Facebooknya: "Telah dihubungi oleh cawangan khas polis bagi menjawab
beberapa soalan dan turut mencapai persetujuan melalui perbualan itu."
Menurut Kevin, Sam Chen turut memberitahu polis yang
menghubunginya bertindak sopan dan terlebih dahulu memberitahu tujuan panggilan
tersebut menyebabkannya bersetuju bekerjasama namun menegaskan tidak akan
membongkarkan identiti sesiapa pun dalam kalangan mereka.
Tambahnya, seorang lagi tentera Red Bean Army yang
menggunakan nama 'Medoli Siang' mendedahkan menjadi 'terkenal' selepas
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjemputnya 'minum teh' yang bermaksud disoal
siasat.
Selain itu, tambah beliau, seorang lagi tentera siber
pembangkang, 'Woodstock Lee' menerusi Facebooknya dengan lantang mengaku salah
seorang tentera Red Bean Army dan mencabar pihak berkuasa menangkapnya -
No comments:
Post a Comment