Friday, 5 July 2013

17 perkara Wajib yang rakyat Kedah perlu tahu di #KUIN . #HanyaDikedah


Bukan nak mengungkit tapi nak cerita sikit mengenai dosa-dosa yang dilakukan oleh agen PAS apabila berjaya menguasai KUIN. Selepas kerajaan Kedah jatuh pada PRU12 dahulu.

Inilah yang dikatakan kuasa Allah mengatasi kuasa manusia. Jika Allah menghendaki sesuatu itu , Allah boleh buat apa sahaja, apatah lagi apabila hambanya dizalimi, pasti doa mereka akan dimakbulkan Allah .


Setelah pelbagai onak dan kerosakan yang dilakukan keatas sebuah pusat pengajian terkemuka di negeri kedah. KUIN menjadi malap dibawah pentadbiran kerajaan PAS. Dibawah disenaraikan dosa-dosa JAMIL selaku agen perosak dalam KUIN.

1) Para Pensyarah Tahfiz KUIN telah di'tendang' ke Yayasan Islam Kedah tanpa proses perbicaraan yang jujur;


2) 5 orang para pelajar telah dikenakan tindakan tatatertib yang dianggap sebagai tindakan melulu pentadbiran;

3) kewujudan anak-anak- syarikat yang hanya mencari keuntungan didalam KUIN;
4) pemberian gaji kepada kroni yang terlalu tinggi;

5) terdapat kursus-kursus baru yang langsung tidak mempunyai pelajar, pertambahan 48 program hanya satu pembohongan di KUIN;

6) potongan gaji kakitangan tidak sampai ke pihak ketiga;

7) kakitangan dinafikan hak kenaikan 13 peratus;

8) 10 orang staf yang mendedahkan kepincangan tidak dibenarkan masuk ke Kampus KUIN Kuala Ketil pada Hari Jasamu Dikenang;  

9) Unit Amal PAS/MTD Kuala Ketil dibenarkan masuk di Kampus KUIN Kuala Ketil-campur tangan politik, menganggu urusan warga KUIN, bertindak kasar terhadap kakitangan KUIN;

10) Tiada bonus tahunan;

11) Kelewatan pembinaan asrama di Kampus Kuala Ketil; menyusahkan para pelajar;
12)Ketiadaan masjid dan rumah staf di Kampus KUIN Kuala Ketil;

13) Penipuan dokumen dan minit mesyuarat;

14) Didenda sebanyak RM272,000 oleh KPT akibat pengambilan pelajar yang tidak cukup syarat;

15) Terpaksa membayar gantirugi sebanyak RM1.6j kepada Shake Cuisine akibat kegagalan membayar hutang;

16) menuduh kakitangan KUIN sebagai ejen UMNO walhal parti tersebut tiada kena-mengena dengan masalah yang sedang berlaku;

17) menyuruh kakitangan yang tidak berpuas-hati meletak jawatan sedangkan perjuangan hanyalah menuntut hak yang telah dinafikan. 

Daripada kiriman email :



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


















No comments:

Post a Comment