Sunday, 7 July 2013

" Anak Al-juburi berumur 22 tahun kahwini lelaki lebih berusia "

Gambar hiasan

Kisah menarik ini sememang memanaskan berita hujung minggu rakyat Malaysia. ini bukan anak al-juburi yang kat Malaysia tu... tapi anak al-juburi kat luar negara nun...  Gadis berusia 22 tahun berkahwinan dengan lelaki yang 70 tahun lebih tua darinya. 

Baghdad: Seorang petani Iraq berusia 92 tahun melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita 70 tahun lebih muda daripadanya di majlis perkahwinan bersama dua cucunya yang berusia belasan tahun, Khamis lalu.

Musali Mohammed al-Mujamaie mengahwini Muna Mukhlif al-Juburi dalam majlis yang berlangsung selama empat jam. Dua cucu Musali yang berusia 16 dan 17 tahun juga melangsungkan perkahwinan di majlis yang diadakan di utara Baghdad.

Musali berkata, hari istimewa itu sekian lama dinantikan dan perkahwinan cucunya ditangguhkan beberapa kali supaya mereka dapat berkahwin serentak.

“Saya gembira dapat berkahwin pada majlis yang turut menyaksikan perkahwinan cucu saya. Saya berasa seperti berusia 20 tahun,” katanya.
Musali mempunyai 16 anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu di Samarra.

Majlis diserikan persembahan muzik dan tarian serta tembakan senjata api selain dihadiri beberapa kabilah dan pemimpin agama tempatan. - AFP

Foto
MAJLIS perkahwinan Musali dan isteri barunya turut melangsungkan perkahwinan bersama dua cucunya.

No comments:

Post a Comment