Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila
sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem
sejarah perjuangan Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali
seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”. Kami rakyat Malaysia
menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya.
Trailer filem yang wajib dibatalkan :
Bukan sahaja Astro Shaw
tidak sensitif tetapi produksi filem itu juga sangat meragukan.Namanya ialah
Yellow Movie Sdn Bhd. Baca seterusnya kat sini
Filem
pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal
ditayangkan di pawagam Negara kita mulai 23 Ogos yang merupakan bulan
kemerdekaan negara. Tayangan trailer filem tersebut menceritakan kisah
masyarakat Cina di Kampung Baru telah mula tersebar sejak minggu ini.
Astro
Shaw jelas amat tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman
komunis terutamanya bekas perajurit ataupun sebenarnya mereka merupakan penyokong
tegar pihak pembangkang. Maka pihak-pihak yang terlibat harus menbuka mata dan
telinga mereka agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting yang mampu
menggugat keselamatan Negara.
Kementerian
Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan wajib mengambil tindakan sewajarnya
jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer. Filem sejarah negara seperti Tanda
Putera telah ditangguh
beberapa kali akibat desakan bukan Melayu yang berterusan cuba menukar sejarah
perjuangan Negara kepada pro komunis.
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan
dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya,
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 telah
tiga kali ditunda. Alasan konon tidak mahu menimbulkan konflik dan
kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum
Ke-13 Mei lalu amat mengecewakan kami rakyat Malaysia yang amat berbangga
dengan sejarah Negara yang telah dipaparkan dalam filem Tanda Putera.
Sesungguhnya pihak pembangkang harus menerima hakikat kebenaran
sejarah perjuangan UMNO dalam merealisasikan keamanan Negara. Begitu juga
hakikat komunis merupakan anasir subversif yang telah menghuru harakan Negara
dan membunuh ramai rakyat Negara kita dan membawa banyak penderitaan terhadap
rakyat. Kekejaman komunis masih menghantui dan terus menjadi igauan ngeri
kita namun ianya cuba diangkat sebagai hero oleh bangsa Cina yang lupa diri aka
nasal usul mereka sumber kat sini
MAKIN LONGGAR DAN LALAI
PEMIMPIN MELAYU SEKARANG !!!!!
satu malaysialah katakan.,,, inilah hasil tranformasinya,
ReplyDelete