Sebuah filem berjudul The New Village menjadi bahan perbualan oleh beberapa
pihak yang mempersoalkan mengenai isi kandungan filem arahan Wong Kew-Lit ini.
Filem cuba mengangkat Komunis sebagai pejuang. Kita tida menerima komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara kerana asas perjuangan mereka bukan
untuk kemerdekaan atau mempertahankan anak watan Tanah Melayu daripada British
atau mana-mana penjajah.PKM ditubuhkan untuk
menyebarkan ideologi komunis, membentuk negara komunis di Tanah Melayu dan
menjaga kepentingan kaum Cina.
Ketika ditemubual oleh Bernama, Menteri
Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sependapat dengan pelbagai pihak
bahawa filem 'The New Village' tidak wajar ditayangkan jika ia
mengagung-agungkan Parti Komunis Malaya (PKM).
Filem
itu perlu disekat dan ditentang, sebaliknya filem seperti Tanda Putera, yang
merupakan sejarah sebenar, patut dipertontonkan, katanya.
"Filem
ini (Tanda Putera) perlu dihayati, khususnya dalam kalangan golongan muda,
sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berjuang
mempertahankan tanah air," katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian
Sumbangan Aidilfitri di Kem Lapangan Terbang, dekat sini, malam Selasa.
Mengenai
sambutan Hari Pahlawan hari ini, Mukhriz berharap agar rakyat mengenang dan
menghargai pengorbanan serta khidmat bakti anggota keselamatan yang berperanan
sebagai benteng pertahanan, menjaga keamanan serta kedaulatan tanah air.
"Peristiwa
pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, menyedarkan kita bahawa keamanan yang dikecapi
sejak sekian lama tidak boleh dipandang enteng, diambil mudah. Mujur kita
mempunyai pasukan keselamatan yang cekap, bersemangat waja, sentiasa bersedia
untuk berdepan dengan musuh tanpa rasa gentar dan sanggup berjuang hingga ke
titisan darah terakhir," katanya.
Beliau
berkata walaupun ada suara-suara sumbang yang memperlekeh perjuangan anggota
keselamatan di Lahad Datu, baginya itu hanya suara golongan yang tidak tahu
bersyukur dan tidak pandai berterima kasih.
"Rakyat
amat terhutang budi dan menyanjungi jasa dan pengorbanan anggota tentera dan
bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih atas khidmat
wira-wira kita," katanya.
Satu lagi faktar sejara yang dipesongkan oleh pembikin filem tersebut |
Mukhriz
berkata kemerdekaan negara, walaupun dikatakan dicapai tanpa pertumpahan darah,
namun liku-liku perjuangan ke arah kebebasan dan mempertahankan kemerdekaan,
menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.
"Ketika
rakyat tidur lena, anggota keselamatan bersengkang mata mempertaruhkan nyawa,
tidak tahu bila bom akan meledak atau bila peluru akan menembusi dada, malamat
mereka hanya untuk mempertahankan tanah air.
"Walaupun
negara terhindar daripada peperangan, negara terbukti aman dan tenteram, namun
peranan tentera tidak boleh dipandang ringan. Komitmen mereka perlu bukan
sahaja untuk mengawasi sempadan negara atau menentang musuh dalam peperangan
bahkan dalam menentukan negara selamat daripada anasir-anasir yang mengancam
ketenteraman rakyat dan kestabilan negara," katanya.
Seramai
33 anak-anak yatim dan 37 balu, anggota hilang upaya dan warga emas bekas
tentera adalah penerima sumbangan Aidilfitri itu.
KK : Yang pasti, Pembikin Filem tersebut cuba membangkitkan semangat kaum cina serta cuba mengangkat martabat komunis amnya dan Parti
Komunis Malaya (PKM) khususnya ke tahap yang cukup tinggi.
No comments:
Post a Comment