KK nak ucapkan tahniah kepada Ulama PAS ini. walau sudah "bersara" tetapi masih meruskan kerja "pelik" lagi menyesatkan. Keluar PAS kena laknat !!!!! Tapi bersubahat dengan
DAP yang sudah terang-terang anti Islam dan PKR yang jelas mengamalkan leberalisma dan
pluralisma tak di laknat ke ?
meh !! Meh !! baca kat sini
Inilah keunikan dan keistimewaan PAS sebagai sebuah parti politik melayu yang menggunakan label Islam. Sumpah saiful ditolak, tapi sumpah politik
diterima. Memang unik dengan "parti Ajaran Sesat" PAS, apa sahaja perkara yang menguntung mereka semua "halal" sampaikan "kalimah Allah" depa nak jual.... andai sokong kaum bukan islam memihak kepada mereka.
Azlan, 48, yang merupakan ahli perniagaan akan menentang calon Barisan Nasional (BN) yang merupakan bekas jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dalam PRK tersebut.
KENAPA CALON PAS PRK KUALA BESUT N 01 KENA BAI'AH ?
Calon PAS telah diminta berbaiah dengan membaca
ikrar di hadapan wakil Majlis Syura Ulama. Tetapi, pada malam ini calon PAS di
PRK Kuala Besut diminta untuk berbaiah di khalayak umum.
SIAPA CALON PAS PRK KUALA BESUT N 01 ?
Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh.
Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti.
Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.
"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya tak nak lebih lah, bulan puasa.
"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini.
Kalau tak caye..cer tengok video ni...
"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.
"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."
KK : Itulah PAS kalau korang nak tau......keluar PAS kena laknat.
Baiah dalam konteks politik PAS ini insya-Allah tidak akan membawa kesan atau
diredhai Aalah. Ianya adalah satu kezaliman
No comments:
Post a Comment