Tiga
atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) - Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril
Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing 19, mengaku
tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun.
Hakim
Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000
setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos.
Ketiga-tiga
mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti
Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.
Kesemua
mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan
sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk
siasatan.
Sekumpulan
pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan
terhadap suspek.
Terdahulu,
mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum
kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di
perkampungan sukan.
Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling
Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum
kejadian rogol berlaku.
mstar.
No comments:
Post a Comment