"Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd
Yusrizal Mat Zain mengalihkan objek yang diletak di bumbung kenderaan pelbagai
guna (MPV) tanpa disuruh sesiapa sebelum mangsa maut apabila objek itu meletup
dalam kejadian di Tumpat, Kelantan pada Ahad.
Biras
kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliauternampak
objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasamenyelak
langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi.
"Saya
kemudian beritahu isteri arwah, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, mengenai objek itu
dan tanya jika ada sesiapa yang tertinggal bungkusan itu.
"Barangkali
arwah terdengar perbualan kami sebelum keluar dari rumah untuk periksa objek
itu sebelum kami terdengar letupan kuat dan melihat Mohd Yusrizal terbaring
berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Taman Seri
Periuk, Kampung Periuk di sini.
Dalam
kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek
Urai, Kuala Krai, maut selepas cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan
meninggal dunia di tempat kejadian.
Allahyarham,
yang mempunyai seorang bayi perempuan berusia empat bulan, tiba di rumah
mertuanya itu malam Sabtu bagi meraikan Aidilfitri.
Mayatnya
dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baru untuk bedah siasat.
Norliana
Nazihah berkata, kenderaan MPV itu diletak di hadapan rumah sejak 9 malam Sabtu
selepas beliau pulang daripada menghadiri kenduri perkahwinan rakannya di Kota
Baru.
Beliau
dan suaminya bercadang untuk pulang ke Kulim, Kedah, petang Ahad namun
menangguhkannya susulan kejadian itu.
Sementara
itu, sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kelantan tiba pada 4 petang untuk menjalankan siasatan di tempat
kejadian. - BERNAMA
KK : Kembalikan ISA dan Ordinan Darurat.. DEMI MENYELAMATKAN KEDAULATAN NEGARA.
No comments:
Post a Comment