Sebilangan ahli politik ternama menaungi beberapa kumpulan kongsi gelap
dan menjadi penasihat kumpulan terbabit.
Kumpulan itu
meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan
"Geng 36" daripada kalangan kaum India; "Hong Shun Tang",
"3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji
Dang" daripada kalangan kaum Cina; serta "Geng 3 Calit" daripada
kalangan kaum Melayu.
KDN Kenal Pasti Anggota Kongsi Gelap Sertai Politik - Zahid
Kementerian
Dalam Negeri sudah mengenal pasti individu yang mempunyai kaitan dengan kongsi
gelap dan dikatakan turut bergiat dalam bidang politik di negara ini, kata
menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.
"Sekiranya
ahli politik ini adalah bekas anggota kongsi gelap, mungkin mereka sudah
bertaubat dan tidak adillah untuk mengaitkan mereka lagi dengan kongsi gelap.
"Tapi, jika siasatan mendapati mereka masih mempunyai kaitan dengan kongsi
gelap, maka kami akan dedah nama mereka dan mengambil tindakan
undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat
Kedaulatan Negara kepada 56 anggota pasukan keselamatan.
Ahmad
Zahid berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bahawa seorang bekas banduan
yang pernah menjadi ketua kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat rendah
sebuah parti politik di Pulau Pinang. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment