Tuesday 24 September 2013

Gempar! Exco Negeri Kedah di Racun? @MukhrizMahathir #BeraniBerubah #KEDAHAMANMAKMUR


Kecoh !! media sosial melaporkan antara diantara barisan Exco melantik "penasihat" dari kalangan Ahli tegar sebagai penasihat khas kepada mereka. Isu timbul apabila blogger terkenal dari kedah, mendapat email berkaitan dengan penasihat kepada exco tersebut.

Email yang didedahkan blognya Ke Kedah Ke KL
Exco Kedah guna Penasihat dari PAS?
Sungguh majmuk politik di Malaysia apabila ada Kerajaan menggunakan Penasihat dari pihak Pembangkang. Dan ianya berlaku di Kedah. Hanya di Kedah 

Segala perancangan dilakukan dengan cukup teliti. Habis seluruh sistem dikawal oleh beliau. Adakah Kerajaan Kedah dibawah kepimpinan Dato Paduka Mukhriz Mahathir bakal mencipta sejarah dan mengulangi kesalahan Kerajaan terdahulu? 

Siapa Penasihat Khas ini? Dan kenapa beliau sangat dipercayai oleh seorang Exco di Kedah? Adakah Exco ini tak tahu atau buat-buat tak tahu? Menerima maklumat dan nasihat serta cadangan daripada lawan untuk isu besar di Kedah? 

Mungkin Dato Paduka Menteri Besar perlu kaji balik kedudukan Exco ini dan jangan apabila nasi sudah menjadi bubur baru nak tersedar. 

Jika tiada tindakan segera maka tunggulah pendedahan selepas ini yang akan merungkai siapa orang ini. Jangan gadaikan perjuangan untuk kerusi Naib Presiden. BERANI BERUBAH
Apa KK harapkan kepimpinan diperingkat negeri Kedah cepatlah bangkit dari lamunan. Perlulah sedar dimanakah nilai kesetiaan. Masih banyak lagi jentera dari kalangan BN/UMNO yang bertungkus lumus memenangkan BN/UMNO di Negeri Kedah. Membiarkan Pembangkang berada dalam rumah sendiri apakah ada kewajaranya....

KK : Terbelakah nasib jentera UMNO di negeri kedah.

No comments:

Post a Comment