Hangat !! Aih berkisar tentang keputusan Dewan ulama yang membeincangkan kedudukan PAS dalam PR. Korang tahu tak 'Stopa Spenda' melenting beb...
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sepatutnya tidak perlu bercakap mengenai strategi parti kepada umum kerana boleh memberikan mesej yang salah berdasarkan persepsi rakyat.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tahaaluf siyaasi adalah strategi dalam perjuangan dan perlu dibincangkan secara dalaman, bukannya dihebohkan kepada umum.
"Tidak bijaksana dihebohkan. (Jika dihebohkan) maksud kajian boleh disalah tafsir dan akibatnya kita menghantar mesej yang salah, bukan sahaja kepada rakan PR tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya penyokong Pas dan Pakatan," katanya kepada media.
Harun, dalam ucaptama Multaqa Ulama Semalaysia baru-baru ini, menyarankan Majlis Syura Ulama mengkaji semula tahaaluf siyaasi dalam PR berdasarkan garis panduan syura atas alasan pengaruh parti itu semakin lemah.
Sementara itu Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Harun bukan bertujuan melemahkan parti, tetapi mahu memastikan Pas lebih konservatif dari segi hala tuju parti itu dalam PR.
"Bagi mana-mana organisasi parti dan badan korporat, mengkaji (semula) sesuatu strategi adalah perkara biasa.
"Saya yakin, beliau berkata demikian untuk menjadikan Pas lebih kuat daripada sekarang," katanya.
Salahuddin berkata, perkara itu tidak sepatutnya dianggap negatif, sebaliknya perlu memahami apa yang cuba disampaikan.
"Kenyataan beliau itu supaya Pas bekerja lebih kuat ke arah memanfaatkan pengaruhnya dalam PR.
"Apa sahaja kekurangan dan masalah perlu diperhalusi demi memanfaatkan melalui kerjasama dalam PR, selain mahu melihat peranan Pas bagi menjana kekuatan dalam PR," katanya.
KK : Bukan apa KK cuma nak ingatkan jer, Aihhh... Stopa, apa cerita sekarang ni.. Bila nak 'bersumpah' beb... Pasal video spenda xxxxxL tu..
Susah sangat ke nak bersumpah demi membersihkan nama tu..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mane berani sumpah bro. Nanti makan diri dengan sumpah laknat tu.
ReplyDelete