Tuesday, 22 October 2013

Edisi Lepas Geram !! @Shilaamzah "bertunang" dengan anak Datuk. @realSHILALAS @MyMeleTOP


Selepas break-off dengan Nabila (mereka kata hanya mesra bukan bercinta), senyap sekejap kisah budak ni. Kemudian sejak beberapa bulan lalu, dia dikatakan gitu-gitu dengan Shila Amzah. Ramai peminat yang suka. 

Pelakon Johan As'ari mengakui mengakui terpaut hati dengan seorang wanita yang juga merupakan salah seorang selebriti hiburan tempatan.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 27, bagaimanapun berkata, dia enggan meluahkan perasaan hatinya kepada artis wanita berkenaan walaupun tahu dia bukan bertepuk sebelah tangan.

"Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.

"Pada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri," katanya kepada mStar Online.

Tambah Johan, dia juga bercadang ingin melamar artis wanita berkenaan dengan mengikat tali pertunangan pada tahun ini, namun ia sekadar rancangan sahaja.

Dalam pada itu, Johan berkata dia juga cukup senang apabila mereka saling mempercayai dalam setiap perkara yang dilakukan tanpa perlu timbul rasa cemburu dihati.

"Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.

"Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi, InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya," tuturnya.


No comments:

Post a Comment