" kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa jetija sedang membuka peti jebal dan nelarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.senasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul.tel sasoek no. 01133070204.tk tuan ( Baca selanjutnya di Medan Tempur Kedah )
Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.
Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.
Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.
Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.
Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.
Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.
Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.
Pada hemat saya, pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor, Norazita Abu Talib, 37 tahun, tidak perlu ditembak. Jika sekadar ingin merompak wang di dalam peti besi bilik kebal, pengawal keselamatan bank kini berstatus perompak hanya perlu mengacukan senjata pump gun digunakan ke arah beberapa kakitangan di sekitar, ambil wang dan kemudian beredar dengan segera.
Dilaporkan, ketika kejadian singkat itu berlaku, mangsa tidak melawan.
Dilaporkan, ketika kejadian singkat itu berlaku, mangsa tidak melawan.
Semua wang disimpan di dalam peti besi itu diinsurankan. Sebagai pekerja bank lebih 16 tahun, mangsa tentunya arif, lebih baik membiarkan wang itu dirompak berbanding mempertaruhkan nyawa sendiri. Barangkali ibu kepada 2 anak itu tidak mempunyai pilihan kerana dia ditembak pada jarak dekat mengakibatkan kepala kirinya bersepai.
Saya percaya, suspek, Ardi Hamza, 37 tahun, berasal dari Tawau, Sabah, tidak merancang rompakan itu secara teliti. Dia hanya sempat mengaut sejumlah daripada wang di dalam peti besi dan memasukkan wang terbabit ke dalam beg sandang dipakainya.
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Rahim Jaafar, Ardi didapati memiliki kad pengenalan palsu.
Malam tadi tersebar berita, dia berjaya diberkas di LCCT namun berita itu belum disahkan oleh pihak polis.
Takziah kepada keluarga mangsa. SUMBER
No comments:
Post a Comment