Seorang pelakon Malaysia yang aktif di
arena perfileman dan drama. Siapa tak kenal Pelakon Hairi Othman.Selaku aktivis yang turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) semasa PRU 13 yang lalu. Tapi sekarang ini kemana pulak beliau selepas "Dibuang" dan tidak di pedulikan...
Pelakon
Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti
parti anjuran Pakatan Rakyat.
Hairie,
42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang
berlangsung.
Kenyataan semasa kempen PRU13 dahulu. |
"Saya
tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat
dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil
yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Hairie
berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen
untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada
4 November depan.
Ketika
ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas
selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan
Bob Lokman.
Pada
Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi
seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya
termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu
berakhir.
“Saya
tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya.
Barang lama boleh dijadiakan "tukun" jer la... kalau mai sungai Limau.. Berbanding dengan Ostazah Abby albodikan....
KK : BARU KAU TAU SEKARANG.........
No comments:
Post a Comment