Presiden PAS itu hanya berjaya menyelesaikan 50 hingga 60 peratus sahaja ketegangan dalam Liqa' Fikri (pertemuan pemikiran) @hHdengan menasihati perwakilan yang akan bertanding supaya menjauhkan sebarang kempen yang boleh menjejaskan perpaduan parti Islam itu.
Presiden menasihati pemimpin dan mereka yang bertanding supaya tiada unsur luaran mengganggu gugat parti dalam pemilihan kali ini. Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini dan bakal memilih pucuk pimpinan PAS untuk dua tahun akan datang.
Difahamkan ketika ini Kempen PRK N20 DUN Sg. Limau sedang hangat berlansung, kebanyakan kempinan tertinggi pembakang turun kesini bagi mempromosikan diri dan menonjolkan diri untk dipilih ketika berlansung pemilihan kelak. APA YANG LEBIH PANAS, ketika berita ini ditulis kempen parti PAS sudah berpecah menjadi 3 puak.. melibatkan KEM MAT SABU, IR PHARORAZI dan Ulama"k...Jelas disini bahawa Perjuangan PAS sekarang bukan lagi untuk memartabatkan perjuangan Islam tetapi untuk kekayaan dan jawatan sendiri.
Ini di akui sendiri oleh Mat Sabu dalam temurah dengan disini, beliau terkejut dengan apa yang berlaku dalam PAS terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli parti Islam itu.
"Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti," katanya.
Pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, dalam PAS ada tatacara pemilihan walaupun tidak dilembagakan.
Katanya, ia menjadi satu kefahaman umum bahawa kempen terbuka tidak digemari dan tidak dizinkan walaupun tidak dilembagakan.
Malah, Mohamad juga berkata tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa' Fikri.
KK : Sabarlah Bang Mat.....ooooiiiiiiiii
No comments:
Post a Comment