Terima kasih kepada Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin yang mempertahankan taraf & martabat Exco Pemuda Pusat, terima kasih juga atas doa & sokongan semua yang menjadikan insiden kecil sejak seminggu lalu satu rahmat yg besar kepada yang tahu menilai kesempurnaan perancanganNYA.
Exco
Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan dirinya sebagai calon
'underdog' jika dibandingkan dengan nama-nama besar yang akan bertanding pada
pemilihan peringkat Majlis Tertinggi, 19 Oktober ini.
"Saya
hanya calon underdog dan merasakan peluang untuk menang terlalu sukar. Nama
saya tidak diperkenalkan dalam sesi pengenalan calon yang dianjurkan oleh badan
perhubungan Umno negeri," katanya kepada mStar
Online pada Isnin.
Tun
Faisal berkata demikian bagi mengulas keputusan Jawatankuasa Pemilihan Umno
yang membenarkan beliau untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi pada
pemilihan parti kali ini.
Beliau
turut menyambut baik keputusan tersebut kerana ia secara tidak langsung
menunjukkan seseorang Exco Pergerakan Pemuda Umno diberi ruang untuk bertanding
di peringkat MT berdasarkan sumbangan, pengalaman dan kedudukannya dalam
heiraki parti.
"Alhamdulillah.
Ini juga membuktikan bahawa Jawatankuasa Pemilihan mengambil kira merit
cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno sekali gus menunjukkan institusi
pergerakan itu dihormati," katanya.
Tun
Faisal turut berharap agar namanya diperkenalkan kepada semua perwakilan supaya
mereka menyedari beliau telah dibenarkan untuk bertanding semula.
"Saya
berharap dalam sesi bertemu perwakilan di peringkat negeri selepas ini, nama
saya akan diperkenalkan semula," katanya.
Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada Isnin mengumumkan
Tun Faisal layak bertanding setelah jawatankuasa membuat beberapa pertimbangan
terhadap calon berkenaan yang sebelum ini disingkirkan namanya.
"Nama
beliau dicadangkan oleh Pergerakan Pemuda Umno dan sebagai calon mewakili
mereka (Pemuda Umno).
"Atas
alasan itu Jawatankuasa Pemilihan parti berpendapat beliau boleh
dipertimbangkan untuk bertanding... beliau dicadangkan dan mewakili,"
katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang
Isnin.
BERANI-STRATEGIK-KOMITED
---Demi Agama, Ummah & Bangsa---
No comments:
Post a Comment