Umno memerlukan lebih ramai pemimpin
muda menganggotai barisan kepimpinan Majlis Tertinggi bagi menghadapi realiti dan landskap politik semasa, kata Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata pemilihan lebih ramai pemimpin mudadapat menyediakan Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan menyaingi parti lawan yang banyak membariskan pemimpin muda. "Berkongsi pengalaman dengan pemimpin lama dan idea
segar daripada pemimpin muda sudah tentunya dapatmenterjemahkan konsep meremajakan parti sekali gus mampu meraih sokongan rakyat kepada Umno," katanya.
Razali percaya para perwakilan akan memberi ruang kepada pemimpin muda untuk membarisi kepimpinan parti bagi memboleh- kan Umno terus segar dan relevan, selain mewujudkan gandingan pemimpin lama dan baharu bagi memastikan keseimbangan landskap politik hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas peluang pemimpin muda membarisi Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan Sabtu ini yang melibatkan 71 calon yang bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan anggota Majlis Tertinggi.
Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan SriBadruddin Amiruldin, Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding.
Sabtu ini, 144,297 perwakilan Umno di seluruh negara akan menentukan pucuk pimpinan parti di peringkat bahagian dan pusat secara serentak.
Sedikit mengenai #DRI4MT, Calon MT No.
20 ini. Seharus kita amat kagum dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini yang kesetiaannya kepada Parti.
MENGHARAPKAN semua perwakilan UMNO dapat beri sokongan dan undian kepada beliau.
Biodata YB Dato' Razali Bin Ibrahim
Tarikh Lahir : 14 Oktober 1970
Umur : 38
Tempat Kelahiran : Seri Menanti, Muar, Johor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Taraf Perkahwinan : Berkahwin dengan 2 anak
Nama Isteri : Melissa Shireen Munshir
Nama Anak : Razmel Razali & Myra Alissa Razali
Pekerjaan : Ahli Parlimen & Peguam.
No comments:
Post a Comment