Proses pemilihan sayap Wanita UMNO Baling di Dewan Tun Razak di sini hari ini tertangguh lebih dua jam ketika proses pengundian bermula pukul 9 pagi.
Ia berikutan kehilangan kertas pengundian untuk calon Ketua Wanita Bahagian dan calon Timbalan Pengerusi Tetap Wanita UMNO pusat.
Calon Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, perwakilan terpaksa menunggu hampir dua jam kerana kertas pengundian bagi dua kategori calon tersebut tiada dan petugas terpaksa pergi semula ke balai polis untuk mendapatkannya semula.
Katanya, kertas pengundian juga perlu dicetak melalui kertas yang berlainan warna untuk setiap jawatan yang dipertandingkan kerana kertas pengundian yang ada amat mengelirukan perwakilan.
"UMNO perlu faham kerana kebanyakan perwakilan berada di kawasan luar bandar dan kebanyakan mereka telah berumur, menjadi masalah kepada mereka untuk menulis nombor calon serta membacakan maklumat yang dicetak," katanya lagi. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment