Dua keping gambar diperoleh dari laman sosial Facebook yang menyaksikan seekor ikan paus telah terdampar di pantai.
Kelihatan anggota Bomba sedang membasahkan haiwan mamalia terbesar di dunia itu sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.
Apa yang menarik mengenai penyebaran berita-berita sensasi sebegini adalah ianya bersumberkan entah dari mana hingga sukar menentukan kesahihan penceritaannya. Contoh adalah foto ini disebarkan oleh dua pihak dan kedua-duanya menyatakan kejadian ini berlaku di dua tempat yang berbeza. Seorang lapor di Kelantan, seorang lagi di Melaka.
Dan akhirnya persoalan ini terjawab apabila ini adalah gambar lama yang berlaku sekitar Ogos 2012 yang telah dilaporkan oleh laman blog Melvister.com
No comments:
Post a Comment