Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata pendakwah bebas, Mohammad Kazim Elias telah dipecat
dari parti itu sejak Mei lalu.
Kenyataan
itu sekaligus menjelaskan kedudukan sebenar keahlian pendakwah popular itu yang
didakwa masih lagi ahli PAS.
"Beliau
telah dipecat oleh parti Mei lalu," katanya melalui sistem pesanan ringkas
yang dipetik daripada laporan Sinar Harian.
Beliau
diminta mengulas dakwaan Ketua Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar kelmarin
bahawa Umno, yang melantik Mohammad Kazim sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno,
tidak menyedari Mohammad Kazim merupakan ahli PAS sejak 1998.
“Dewan
Pemuda PAS Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli PAS
sejak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung
Manjoi di Tambun (Perak),” katanya.
Mohammad
Kazim dikatakan tidak pernah mengisi borang keahlian Umno.
Fitnah itu lebih buruk daripada membunuh!
Jauhilah kamu daripada fitnah!!!
Jauhilah kamu daripada fitnah!!!
No comments:
Post a Comment