Tambah kapsyen |
cerita sumbangan RM96 juta dengan parodi kangkung.
Hargai apa yang kita miliki saat ini. Kebahagiaan tak akan pernah datang kepada mereka yang tak menghargai apa yang telah dimiliki.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang disifatkan sebagai bantuan luar biasa.
Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu.
Bantuan banjir peringkat nasional itu yang disampaikan Perdana Menteri membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat yang ditimpa musibah.
Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk yang disumbangkan UMNO, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.
Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan Pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.
Najib memberitahu, komitmen kerajaan BN dan UMNO untuk membantu rakyat yang ditimpa malapetaka itu dilakukan tanpa mengira parti dan fahaman politik selain bertepatan dengan prinsip rakyat didahulukan.
Tidak pernah dalam sejarah sebelum ini, dalam satu majlis, pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat. Kalau ikut dasar kita, kita beri sumbangan RM500 kepada setiap keluarga," kata beliau ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir Peringkat Kebangsaan dan Meraikan Sukarelawan Peringkat Negeri di Padang Astaka Chukai di sini hari ini.
Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Perdana Menteri berkata, pemberian bantuan seumpama itu membuktikan tiada kerajaan selain BN yang sanggup bersama-sama rakyat dalam apa jua keadaan dan pemberian itu bagi memulihkan semangat mereka dan kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa.
Banjir yang berlaku baru-baru ini saya lihat tahap bantuan tak berbaloi dengan nilai kerugian yang ditanggung mangsa. Saya lihat di Kuantan, di kawasan perumahan, air mencecah bumbung dengan kerugian dari RM20,000 hingga RM30,000.
Kalau semua peralatan ditenggelami air, bayangkan jumlah kerugian yang mereka tanggung. Sebab itulah saya fikir kita berpegang kepada falsafah rakyat mesti didahulukan. Kita nak buktikan sama ada masa senang atau susah, siapa yang berada di sisi rakyat, bukankah UMNO?," katanya.
Sehubungan itu katanya, kerajaan menerusi kerjasama dengan agensi berkaitan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan mengambil inisiatif memberikan bantuan tambahan bagi meringankan bebanan mereka.
Najib berkata, para pemimpin UMNO dan BN sentiasa berlaku adil kepada rakyat tanpa mengira parti dengan memastikan nilai bantuan yang dihulurkan lebih tinggi daripada kepentingan politik.
Pemimpin kita sanggup tinggalkan Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu seperti Ahmad Said dan Shabery yang sama-sama turun padang bantu mangsa banjir di Kemaman. Sebagai pemimpin kita sentiasa bersama-sama rakyat yang dalam kesusahan.
Janganlah sekali-sekala muncul (pemimpin pembangkang) sambil kibar bendera besar tapi tak sampai tahap bantuan seperti UMNO dan BN buat," katanya.
Tambah Najib selepas Terengganu, mangsa banjir di negeri lain juga akan menerima bantuan ini secara berperingkat-peringkat.
Beliau berkata, apa yang penting kaedah menyampaikan bantuan itu perlulah cekap bagi memastikan mangsa menerima bantuan berkenaan dan di negeri ini beliau difahamkan mangsa diberikan kupon untuk mendapatkan di rangkaian kedai yang ditentukan. utusan
No comments:
Post a Comment