Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan, sejak
perhimpunan Bersih 2 dan yang seterusnya, tidak ada seorangpun, penyokong
pembangkang yang dipenjara kerana melanggar undang-undang.
Ada yang dibicarakan, kes tertangguh-tangguh,
tapi tak pernah sesiapa di Malaysia dipenjarakan kerana menghasut, menyertai demonstrasi
'mengugat keselamatan dalam negeri' yang melanggar undang-undang.
Lelaki Di Sebalik Facebook Hasut Guling Kerajaan Hanya Buat Untuk Suka-Suka
Pemegang akaun Facebook dengan nama Asmaelz Hadzeny II, 25,
memohon maaf atas cubaan untuk menghasut orang ramai menyertai 'Himpunan Guling
Kerajaan'.
Penganggur itu ditahan polis tidak lama selepas dia mengeluarkan
kenyataan di Facebook pada bulan lepas, di Kampung Karambut di Saratok,
kira-kira 400 kilometer dari sini. Dia dibawa ke Bukit Aman dan direman sehingga dibebaskan pada
Jumaat.
Dia yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada
pukul 10.25 malam yang tiba dari Kuala Lumpur berkata:
"Mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadi
lelaki yang dibawa oleh anggota polis keluar dari balai ketibaan. Inilah
kenyataan tanpa berfikir (akibat perbuatan) yang hanya untuk suka-suka menyuruh
orang ramai untuk merusuh.
"(Tindakan ini) tidak dipengaruhi oleh sesiapa."
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho
Abdullah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu
cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. M-star
Kerana jika benar melanggar undang-undang... mana
hukumannya, siapa pesalahnya?
Dalam facebook bukan main mengaum dah kena tahan baru terkencing.....ha.....ha keyboard warrior taik minyak
ReplyDelete