Friday, 10 January 2014

VIDEO !! #pencetusummah : DR RIDHUAN TEE CUBA ISLAMKAN IBUNYA #tanyapencetusummah @ustazkazim




Tazkirah yang betul-betul menyentuh jiwa sesiapa sahaja Mari kita dengarkan tazkirah "ibu" berdasarkan pengalaman beliau sebagai Muallaf semoga kita mendapat manfaat.



Seperti yang kita tahu Dr Ridhuan Tee ni seorang mualaf..jadi ustaz berhasrat sangat ibu yang mengandungkan serta membesarkanya dan adik beradiknya yg lain memeluk islam..teringin mendengar ibunya menyebut kalimah... Berfikirkir dan hayati tazkirah bermakna ni..sesungguhnya kita semua amat bertuah kerana dilahirkan di dalam keluarga Islam...

BERKENAAN Pencetus Ummah :

Kenapa kita perlu menonton rancangan agama? Jawapannya supaya ilmu kita bertambah, akidah kita makin mantap. Kita bimbang fenomena hari ini, kalangan kita yang jahil agama mahu bercakap soal agama.

Terbaharu, timbul persoalan, boleh atau tidak kita menyambut Krismas? Kerana ada menteri berpandangan, kita boleh menyambut hari perayaan bukan Islam, jika akidah terpelihara. Saya ingin bertanya, apa sandaran menteri tersebut berkata sedemikian? Logik semata-mata?

Jika tidak tahu, lebih baik diam. Kita bukan bercakap mengenai akidah goyang atau tidak berada dalam majlis bukan Islam? Mungkin akidah menteri itu mantap, tidak mudah goyah. Tidak mengapalah.

Kita bercakap soal asas. Boleh atau tidak umat Islam menyambut perayaan agama lain? Jika boleh, sejauh mana dibolehkan? Jika tidak, sejauh mana toleransinya. Janganlah membuat perbandingan yang pelik-pelik.

Secara mudah, saya turunkan dialog ini, yang saya peroleh daripada seorang rakan;

Christian: Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?

Muslim: Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.

Christian: Tapi kenapa? Bukankah ia hanya sekadar kata-kata? Rakan muslimku yang lain mengucapkannya kepadaku?

Muslim: Mungkin mereka belum mengetahuinya. Chistian, boleh tak kau mengucapkan dua kalimah syahadah, dalam bahasa Melayu pun tak mengapa?

Christian: Oh! tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.

Muslim: Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...

Christian: Sekarang, saya mengerti.

Sebagai mualaf, dari segi dakwah, sekadar mengucapkan selamat menyambut Krismas, tidak menjadi masalah. Begitu juga untuk menziarahi mereka seperti yang saya lakukan ketika Tahun Baharu Cina.

Tetapi untuk menyambutnya, saya fikir perlu difikirkan kembali. Saya tidak fikir bukan Islam turut menyambut Hari Raya Puasa/Korban atau perayaan orang Islam yang lain.  

Menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, harus kita memberikan ucapan selamat selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan.

Maksudnya: ALLAH tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil (Surah Al-Mumtahanah: 8).

Namun, perlu diingat ucapan itu semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama lain dengan menjaga batasan syarak ditetapkan.

Ini selaras dengan pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan 2007 mengeluarkan satu lagi garis panduan, dengan membenarkan orang Islam memberi ucapan selamat kepada bukan Islam semasa perayaan keagamaan mereka, dengan syarat ia tidak mengagungkan atau memuji agama lain.

Pada saya, fatwa ini sudah jelas. Tidak perlu mengeluarkan pendapat, atau membuat perbandingan, ketika kita membaca doa, orang bukan Islam tunduk hormat. Bacaan doa adalah hak umat Islam dan dijamin Perlembagaan Persekutuan, walaupun bukan wajib ada.

Akhir sekali, tambahlah ilmu jika jahil. Paling kurang, tontonlah Mimbar Pencetus Ummah di Astro Oasis, bertambah juga ilmu kita. 
Dr Ridhuan Tee (artikel sinar)


No comments:

Post a Comment