Kini 'Sultan Melaka' mempunyai saingan untuk menapatkan Takhta Kesultanan Melaka. SAINGAN tersebut yang mempunyai Kuasa Saksi boleh memanggil ribut angin dan hujan.
'Permaisuri' Dari Seri Kembangan Tuntut Takhta Kesultanan Melaka.
Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dan kini berada dalam tahanan polis bukan satu-satunya individu yang bersaing untuk merebut takhta di negeri itu.
Seorang 'permaisuri' dari Seri Kembangan, Selangor telah melabelkan Raja Noor Jan Shah sebagai berlagak semata-mata dan mendakwa suaminya, anak kelahiran Melaka berusia 48 tahun yang sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka.
Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu juga menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai beliau untuk membincangkan bagaimana untuk memulihkan Kesultanan Melayu Melaka yang telah berlalu.
Dia membuat percubaan pertama untuk bertemu Idris di pejabatnya di Seri Negeri di sini dua minggu lalu, tetapi tidak berjaya. Hidhir Yusof, yang mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi 'permaisuri' berkata ratu mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.
"Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.
"Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau," kata Hidhir ketika dihubungi, Sabtu.
Ketika ditemui, Idris mengakui bahawa 'permaisuri' tersebut dan Hidhir cuba untuk bertemu beliau di pejabat. "Mereka datang dan bertemu saya untukmembincangkan mengenai Kesultanan Melaka pada masa kita telah berusaha memberantas royalti palsu di Melaka.
"Saya memberitahu mereka bahawa saya sibuk dengan kerja dan meminta mereka untuk bertemu pembantu saya jika mereka mempunyai apa-apa perkara kukuh untuk berbincang," kata Idris yang menambah bahawa darjah kebesaran yang diberikan selain daripada Gabenor Melaka dianggap tidak sah taraf, dan penerima anugerah tersebut akan dihalang oleh kerajaan daripada menerima apa-apa gelaran asal.
Mstar.
Ini lah satu lagi isu untuk membenamkan isu harga barang naik oleh UMNO.
ReplyDelete