Muslihat ahli Politik ?? Kalau hampa buat keja elok pasti pekara ini tidak akan berlaku....
Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan
Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi berkata, beliau tidak mengetahui mengenai
serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Persatuan
Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.
Serbuan yang dilaksanakan
oleh JAIS sehingga dapat merampas 321 Bible dalam versi Bahasa Melayu pada hari
ini tidak diketahui malah tidak direstui oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Exconya.
Ini diakuinya dalam kenyataan beliau di dalam Malaysian Insider. Persoalannya,
adakah YB Exco Selangor cuba bermain politik di dalam urusan agama yang
diuruskan beliau?
Adakah salah JAIS cuba
menjalankan tugas mereka? Jika semua tindakan perlu tanya dengan ahli politik ,
adakah JAIS boleh laksanakan tugas mereka dengan TELUS?
No comments:
Post a Comment