MCA belum apa-apa lagi sudah membidas UMNO yang ingin bertanding di DUN Kajang, yang telah dikosongkan oleh parti ultra kiasu. Pada MCA, kerusi tersebut adalah milik bapaknya. Formula Barisan Nasional (BN) mesti dipatuhi. Jika tidak, mereka akan bertindas balas, boikot.
Peliknya, bila kena
pada mereka, mesti ikut formula. Bila kena pada kita, tidak ada formula.
Bukankah perlembagaan negara itu bapak segala formula? Kenapa tidak mahu
ikut?
Masih ingat kerusi
Parlimen Wangsa Maju PRU 2013? Bila calon UMNO diletakkan di sana, maka MCA
boikot. Banyak cantik muka MCA! Cermin diri dahulu. Saya tidak pernah
hairan dengan boikot MCA, kerana ahli sendiri MCA belum tentu menyokong UMNO.
Persoalan saya,
siapakah calon MCA yang paling layak untuk menentang pemimpin nombor PKR itu?
Jika tidak ada, duduk rumah diam-diam, tanam jagung. Serahkan kepada pucuk
pimpinan BN untuk menentukannya. Jika adapun calon MCA, cari yang Cina Muslim.
Bukan Cina totok. Baru boleh mengetuk pintu hati pengundi Melayu.
Ingat! Majoriti
pengundi di situ adalah Melayu, 48%, Cina 41%, India 10%. Pada tahun 2013, PKR
menang dengan majoriti 6824. Tahun 2008 - 3268, tahun 2004 - 2773. Maknanya,
selama 10 tahun ini, MCA tidak pernah menang. Bayangkan jika kawasan itu
majoriti Cina. Lagi putih mata. Jadi, muhasabah dirilah MCA.
Selama inipun MCA tidak
pernah kuat. MCA hanya mendapat sokongan dan menang di kawasan majoriti Melayu
sahaja. Peliknya, kenapa MCA begitu yakin dapat menawan DUN Kajang. Ingatan
kepada MCA, sembahyanglah banyak kali dulu sempena Tahun Baru Cina ini, untuk
minta petunjuk sebelum keluarkan kenyataan sebegini
Sepanjang kajian,
majoriti pengundi Cina menyokong parti ultra kiasu. Justeru, amat sukar
diterima, apabila MCA begitu bersungguh-sungguh untuk bertanding, seolah-olah
tidak tahu malu. Janganlah ambil kesempatan wahai MCA.
Sangat kelakar lagi,
pemuda MCA menempak kenyataan pemuda UMNO melalui kenyataan bahawa kerusi
tersebut tidak semestinya ditandingi MCA.
Pada saya, kenyataan
pemuda UMNO itu ada justifikasinya. Kita semua tahu, trend pengundian di
negara kita bersifat perkauman, saya amat yakin jika MCA bertanding, majoriti
undinya akan menjadi lebih kecil kerana sudah tentu pengundi Melayu dahulunya
menyokong MCA tidak akan mengundi MCA lagi kerana mereka sudah ada calon
pilihan lain berbangsa Melayu.
Jika calon Melayu
diletakkan, sudah tentu Melayu tidak begitu menyampah. Bukan apa, untuk BN
menang jauh sekali. Tetapi sekurang-kurangnya menurun majoriti PKR yang terlalu
bongkak itu. Lagipun, jika MCA bertanding, saya tidak nampak pengundi Cina akan
menyokongnya. Paling tidak, dapat juga dialihkan undi Melayu. Baru agak mudah
untuk kita menganalisis sejauh mana Melayu mengundi Pakatan Rakyat.
Ingatlah pengundi
Melayu sedang marah kepada MCA hari ini. MCA seolah-olah sama sahaja seperti
ultra kiasu. Apatah lagi mereka senyap sepi dalam isu guru mualaf di SJKC Nan
Ya Kota Tinggi. Begitu juga isu gantung loceng di dada murid-murid Islam di
SJKC Khai Meng, Sungkai. Perjuangan chauvinis MCA seolah-olah tidak bezanya
dengan ultra kaisu, meskipun mendakwa memperjuangkan semua kaum.
MCA begitu lantang jika
penganiayaan berlaku kepada bangsanya. Tetapi bila berlaku kepada orang Islam,
MCA tutup mata sahaja. Bila sudah sedar bangsanya melakukan kesalahan,
merekapun minta maaf, kitapun memaafkannya dan mereka mahu perkara tersebut
selesai. Mana boleh. Politik rimba apakah ini! Sampai bila Melayu harus
beralah!
Jika benar-benar MCA
mahu mengikut formula dalam BN, mudah sahaja. Bertandinglah di kawasan majoriti
Cina. Kawasan majoriti Melayu lepaskan kepada orang Melayu. Kenapa kawasan
Melayu juga mahu direbut? Pemimpin Cina Parlimen Ayer Hitam, Johor, mesti boleh
jawab. Sebab itu, jangan terlalu perasan diri kuat. Sebenarnya tidak. Kita mahu
makan kiri kanan. Apa yang kita tinggalkan untuk orang lain. Itu ultra kiasu
namanya.
Ingatlah, setiap kali
berlaku pilihan raya sama ada PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK), ia melibatkan
belanja yang besar. Takkanlah kita hendak habiskan duit begitu sahaja? Banyak
lagi perkara boleh dilaksanakan. Apatah lagi jika kita yakin tidak boleh
menang.
Cadangan saya, jika MCA
masih terus berkeras, lebih baik BN tidak perlu bertanding langsung. Biarkan
MCA terkonteng-konteng seorang diri. BN boleh bantu, tetapi biarkan MCA yang
keluarkan semua perbelanjaannya.
Parti komponen BN yang
lain perlu belajar dan bantu secara sukarela tanpa diberi imbuhan seperti mana
yang dilakukan oleh PAS selama ini. Kejayaan PAS adalah kerana ahli parti
mereka bekerja tidak mengharapkan imbuhan, melainkan imbuhan ‘pahala’ sahaja. Di
sinilah kekuatan PAS. Jika ini boleh dilakukan, kalahpun berbaloi. Kita mahu
tengok MCA benar-benar ada gigi ke tidak atau sekadar gigi palsu.
Posted by RIDHUAN TEE
No comments:
Post a Comment