PETUNJUK BARU !!!
Landasan lapangan
terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program
simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah
Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.
Akhbar itu memetik
sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu
daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh
Zaharie.
“Antara perisian
landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di
Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta
tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak
landasan 1,000 meter.
"Meskipun
kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di
Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian
simulator penerbangan Zaharia," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.
Sabtu lalu, pegawai
penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten
Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.
Ia kemudian dipasang
semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370
yang masih misteri.
Sebelum ini, Amerika
Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut
mendarat di pangkalan mereka.
Menurut sumber itu
juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang
mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.
Sumber itu menjelaskan
pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya
Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.
Siasatan yang dibuat
juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang
kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut,
bukit atau kawasan lapang yang sesuai.
No comments:
Post a Comment