Syarikat Boeing dan Malaysia Airlines berdepan
tuntutan mahkamah yang difailkan oleh ahli keluarga Penerbangan MH370 dari
Kuala Lumpur ke Beijing yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi.
Difahamkan, dokumen mahkamah telah difailkan di
mahkamah di Chicago.
Wakil-wakil dari syarikat yang berpangkalan di
Chicago, Ribbeck Law Chartered telah berada di sini beberapa hari lalu dan
telah bertemu ahli keluarga untuk membincangkan butir-butiran tuntutan
mahkamah.
Ribbeck adalah salah sebuah firma undang-undang
penerbangan yang terkemuka di dunia.
Sumber berkata, tidak semua ahli keluarga 239
mangsa terlibat dalam proses litigasi.
Boeing, pengeluar pesawat 777-200, telah
berdepan tindakan undang-undang pada masa lalu.
Tuntutan terbaharu telah difailkan di mahkamah
Illinois pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang penerbangan Asiana
Airlines yang mendarat cemas di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas.
Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain
cedera.- mSTAR
No comments:
Post a Comment