Sementara yang bersalah mesti menerima hukuman setimpal kesalahan
mereka. Apa pun, pihak berwajib perlu menoktahkan segera kemelut pencarian
ini...
Sepasukan polis dilaporkan tiba di kawasan kediaman juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, di Laman Seri, di sini, kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Sebuah
kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta peronda dilihat memasuki kawasan
kediaman berpagar (gated community) mewah itu, selepas seorang pegawai turun
memperkenalkan diri kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pondok
pengawal.
Bagaimanapun,
wakil media yang menunggu di luar kawasan itu tidak dibenarkan masuk.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar
khas beliau sebentar telah menzahirkan semua yang perlu, cuma tidak menyebut
sahaja kapal MH370 telah dirampas.
Mungkin beliau tidak boleh
menyebut demikian selagi belum ada pihak yang tampil membuat sebarang tuntutan.
Kalau difikirkan lojik akal,
tidak mungkin mana-mana juruterbang boleh tersasar begitu jauh dengan tidak
sengaja.
Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan kapal terbang MAS MH370 tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.
“Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat,” kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.
“Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat,” kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.
Siapa?
Sudah pasti kapal itu dilencong
dengan niat dan rancangan yang teratur, cuma persoalannya apakah ia dilakukan
oleh juruterbang atau ada pihak lain yang telah mengambil alih kapal terbang
berkenaan.
Apakah ia kerja seorang atau
kerja secara berkumpulan?
Dakwaan sebuah kumpulan dari
China sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan itu sudah lama ditolak semua
pihak baik secara bulat-bulat. Justeru persoalan siapa yang terabit masih
terbuka.
Untuk kapal Boeing 777
dilencongkan, ia memerlukan seorang yang benar-benar memiliki pengalaman
penerbangan yang banyak.
Kalau baru jadi juruterbang,
mungkin ia tidak boleh dilarikan sebagaimana MH370 dilakukan yakni apabila
hampir 8 hari ia hilang baru tindakan (hijacked) itu dapat disahkan.
Maknanya ia telah dilencongkan
dengan begitu teliti sehingga pihak berkuasa terpaksa mengambil masa yang
begitu lama untuk merumuskan secara tepat bahawa ia telah dirampas.
Beberapa pihak sebelum ini
menuding jadi kepada kapten kapal, Zaharie Ahmad Shah terutama setelah
diketahui beliau memiliki simulator sendiri di rumahnya.
Mynewshub pernah melaporkan
sumber penyiasatan China menumpukan kepada kapten
berkenaan kerana ingin
mengetahui mengapa seorang kapten dengan 18,000 lebih masa penerbangan masih
menggunakan simultor di rumahnya.
Pasukan berkenaan mengesyaki
kapten itu berlatih untuk menurunkan kapal di laluan luar daripada landasan
biasa.
Namun itu hanya rutin siasatan,
kemungkinan besar beliau sendiri diugut dan menjadi mangsa tahanan kini. (BACA – Eksklusif: PasukanPenyiasat China Tumpu Kepada Juruterbang)
Mengapa?
Satu lagi persoalan, untuk apa
kapal terbang tersebut dilarikan?
Kalau dilihat kepada sejarah
rampasan-rampasan kapal seluruh dunia, kerap kali motifnya sama ada berkaitan
dengan tuntutan wang atau menghantar mesej politik.
Namun, semua itu selalunya
dilakukan dalam beberapa jam sahaja selepas kapal dilarikan.
Ini sudah masuk hari ke-8 dan
masih belum kedengaran sebarang permintaan.
Justeru, misteri kehilangan MH370
masih jauh daripada selesai sebenarnya. Cuma satu aspek misteri sahaja
yang terjawab iaitu ia tidak terhempas di Laut China Selatan dan dilarikan
tetapi begitu banyak persoalan lain masih bermain di kepala.
Di Mana?
Apa pun, dengan kisah MH370 kini
disahkan sebagai tidak terhempas di Laut China Selatan, maka kita mungkin boleh
menarik nafas lega bahawa ada kemungkinan semua penumpang dan anak kapal
tersebut masih hidup.
Cuma tidak diketahui di mana
mereka berada. Apakah meraka berada di mana-mana pulau terpencil di Lautan
Hindi ketika ini?
Apa pun, pastinya wujud sedikit
sinar harapan kepada para keluarga dan rakan mangsa… mungkin doa kita semua
sudah sampai sebahagiannya… sebahagian lagi akan sampai tidak lama lagi…amin. (MYNEWSHUB)
sedeh
ReplyDelete