INI ADALAH WAJAH SEBENAR PEMILIK PASSPORT yang didapati digunakan oleh individu misteri untuk menaiki pesawat MH370. |
Walau secanggih mana sekalipun sistem yg digunakan dinegara kita..ia
tetap dilakukan oleh tenaga manusia untuk laksanakan sistem tersebut..pasti
akan ada kesilapan dan jadi "TERLEPAS PANDANG"..mungkin juga kerana
Malaysia salah satu negara yg selamat dari TERRORIST maka sikap ambil mudah
terus menjadi amalan..walau bagaimanapun sebagai Rakyat Malaysia saya Sentiasa
mendoakan keselamatan pesawat MH370 dan penumpang serta anak kapalnya..mudah
mudahan dilindungi Allah..
dilaporkan bahawa dua individu masing-masing dari Itali dan
Austria yang tersenarai sebagai mangsa yang menaiki pesawat MH370 milik
Malaysia Airlines (MAS) yang didapati hilang dipercayai masih hidup dan tidak
menaiki pesawat berkenaan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Itali, tiada rakyatnya
menaiki pesawat itu, sebaliknya Luigi Maraldi, 37, disahkan tidak berada di
dalam pesawat penumpang tersebut.
polis Thailand memberkas Maraldi di sebuah
apartment
di Nanai Road, berhampiran Patong.
Baca seterusnya disini :
|
Sebuah akhbar Itali, Corriere Della melaporkan bahawa
pasport milik Maraldi dipercayai hilang di Thailand pada Ogos lalu.
Sementara itu, seorang warga Austria, Christian Kozel, 30,
yang turut dilaporkan menaiki pesawat tersebut, dilaporkan selamat.
kedua tiket itu dibeli
dari China Southern Airlines dalam mata wang Bath Thailand pada harga yang
sama.
CNN melaporkan bahawa maklumat itu didapati
daripada Travelsky, iaitu sistem pengesahan e-tiket rasmi China.
Nombor siri tiket-tiket itu dikatakan mengikut
turutan yang menandakan ia dikeluarkan bersama.
Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 bukan empat
seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin
Abdul Rahman, pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) di kawasan pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA).
"Hanya ada dua penumpang yang guna pasport
curi.
Dengan perkembangan ini, ini akan menimbulkan
keresahan dan kembimbangan terhadap ahli keluarga mangsa Pewasat MH370. diharap
pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan sebarang propaganda tidak
berasas terhadap MAS dan kerajaan Malaysia sebelum misteri kehilangan pesawat
tersebut diusaikan dan punca nahas dikenalpasti.
Apapun kita sama-sama mendoakan tiada kejadian buruk berlaku dan semua
penumpang pesawat dapat diselamatkan seberapa segera.
No comments:
Post a Comment