Kenaikan Harga Petrol RON95 Sebanyak 30 SEN Tengah Malam Ini. ... subsidi 30 sen RON95 dan minyak naik kononnya tengah malam ini...
INI PENJELASAN.....nya
Tiada kenaikan harga RON95 tengah malam ini
Kerajaan menafikan akan
menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan
harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.
Timbalan Menteri Kewangan,
Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal
RM2.10.
"Pasa masa ini, harga
petrol RON95 di pasaran dunia adalah RM2.73 dan setelah disubsidi menjadi
RM2.10 manakala diesel pula RM2.80 menjadi RM2 setelah disubsidi," katanya
ketika dihubungi Utusan
Online di sini
hari ini.
Beliau berkata demikian
ketika diminta mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali
kedua malam ini.
Sebelum ini, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rasionalisasi subsidi dengan
mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 2
September lalu.
Sementara itu, Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek turut
menafikan khabar angin itu.
Katanya, khabar angin itu
disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha memburuk-burukkan
kerajaan. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment