Sunday, 6 April 2014

Misteri #MH370 : Kapal China kesan isyarat detik di Lautan Hindi. #terusberdoa


Kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi pada Sabtu.

Agensi berita China, Xinhua, dalam berita dalam taliam, xinhua.com, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat.

"Alat pengesan kotak hitam yang digunakan oleh Haixun 01 mengesan isyarat detik itu kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longtitud timur.

"Tetapi belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan pesawat yang hilang," kata Xinhua dalam laporan dua perenggan itu.


Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang dari imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.


Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Sementara itu, Xinhua melaporkan anak kapal pesawat Ilyushin IL-76 milik Tentera Udara China mengesan beberapa objek berwarna putih terapung di selatan Lautan Hindi.


Pesawat itu meramkan gambar objek berkenaan dalam tempoh 20 minit selepas mengesannya pada 11.05 waktu tempatan.

"Penemuan itu telah dilaporkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) yang menyelaraskan operasi pencarian selepas pesawat kembali ke Perth pada 14.20 waktu tempatan," menurut Xinhua.


Laporan itu menyebut Ilyushin berlepas jam 06.04 waktu tempatan pada Sabtu dan tiba di kawasan pencarian kira-kira 2,700 km dari pantai Perth pada 09.55 pagi waktu tempatan.

Pada 24 Mac, sebuah pesawat China mengesan objek di selatan Lautan Hindi. Bagaimanapun, ia didapati tidak berkaitan dengan MH370 yang hilang. - Bernama

No comments:

Post a Comment