Kalau orong islam pun kita sembanhyang jenazah tak ada
rukuk atau sujud. Ini kan pula kita tunduk pada kafir yang terang-terang menentang islam!
Satu soal jawab di ambil dari Abu Aqif Studio mungkin berguna :
"Ustaz
Idris sudah menerangkan haram diletakkan mayat di hadapan ketika jemaah sedang
bersolat waktu. Orang yang sedang bersolat tiada niat langsung untuk tunduk
hormat kepada jenazah. Namun ianya tetap diharamkan di dalam Islam. Apa tah
lagi jika menunduk dengan sengaja dengan bertujuan untuk memberi penghormatan
terakhir kepada si mati.
Bagi
umat Islam perkara ini diharamkan dan perlu dielakkan. Jika dilihat pada solat
jenazah sekalipun, rukun solat jenazah, tidak ada satu pun rukunnya menunduk
atau rukuk ataupun sujud.
Namun
ada di kalangan pemimpin Islam tidak peka akan isu ini dan sewenang-wenangnya
melakaukan perkara yang diharamkan. Diharap selepas ini, dapat dikongsikan
video dan kenyataan ini kepada seluruh umat Islam supaya perkara yang sama
tidak berulang lagi."
Soalan:
Anwar
Ibrahim datang ziarah orang kafir mati tapi tak datang sahabat Islamnya yang
mati seperti arwah Ustaz Azizan dan arwah Ustaz Harun Taib?
Jawab:
Sesama
muslim kita mempunyai hak antara satu sama lain. Terdapat beberapa hadith yang membicarakan
berkenaan hak sesama muslim. Ada yang menyatakan 5 hak Ada juga membicarakan 6
hak yang boleh dituntut dan wajib diberi oleh semua umat Islam yang terdapat di
dalam hadith sahih di antaranya adalah apa yang disebutkan dalam sebuah hadits
shahih bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ وَإِذَا عَطِسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
"Hak
seorang muslim atas muslim lainnya ada enam: Jika engkau bertemu dengannya maka
ucapkan salam, dan jika dia mengundangmu maka datangilah, jika dia minta
nasihat kepadamu berilah nasihat, jika dia bersin dan mengucapkan hamdalah maka
balaslah (dengan doa: Yarhamukallah), jika dia sakit maka kunjungilah dan jika
dia meninggal maka antarkanlah (ke kuburan) (Riwayat Muslim)
1.
Bagi salam bila bertemu
2.
Penuhi jemputan
3.
Apabila diminta nasihat, berilah nasihat
4.
Apabila bersin, doakanlah dia
5.
Apabila sakit, ziarahilah dia
6.
Apabila mati, iringilah jenazahnya
Memali menunggu Mahathir.
ReplyDelete