Pengguna laman Facebook tidak terkecuali memuat
turun keindahan suasana itu untuk dikongsi bersama sahabat handai, yang tidak
berpeluang melihat sendiri keindahan alam ini.
Kedah berpotensi mewujudkan taman Sakura,
seperti di Akasaka Palace Garden di Tokyo, atau Washington Monument yang
dipenuhi pokok Cherry Blossoms, menarik ribuan pengunjung setiap kali bunganya
mekar.
Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan
musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat.
Penduduk turut mendakwa apabila pokok itu
mengeluarkan bunga yang lebat, selepas kemarau panjang, ia petanda bermulanya
musim hujan.
Ramai orang yang lalu lalang di Jalan Gangsa
ini, memberhentikan kenderaan dan merakamkan gambar di sini. Kawasan ini
bagaikan sebuah taman berbanding hari biasa, hanya belukar.
No comments:
Post a Comment