kemalangan
melibatkan seorang anggota dari Unit Rondaan Bermotorsikal, dari
Balai Polis Kuala Kurau telah bertindak berani mengejar sebuah kereta dari
jenis Toyota Wish yang merompak sebuah van rokok.
Kes
rompakan berlaku di Parit Buntar dan dijangka melibatkan suspek diantara 3
hingga 4 orang.
Seorang anggota
polis berpangkat Lans Koperal maut, manakala seorang lagi rakannya cedera parah
selepas dirempuh kenderaan yang dinaiki oleh sekumpulan penjenayah di Batu 10
menghala ke Alor Pongsu, Kerian di sini kira-kira pukul 1 tengahari tadi.
Mangsa, Mohd. Azuan Abdullah, 25, yang berasal
dari Kulai, Johor maut di tempat kejadian selepas dilanggar oleh sebuah
kenderaan jenis Toyota Wish berwarna silver dengan nombor pendaftaran WRV 5308.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah
Sani berkata, mangsa dirempuh oleh sebuah daripada dua kenderaan yang dinaiki
kumpulan penjenayah terbabit selepas merompak sebuah van yang membawa muatan
rokok.
sumber
Innalillahi Wainna ilaihi rajiun..
ReplyDeleteSAemoga Allah SWT tempatkan ruh beliau dr kalangan org yg berjuang. Kasihan lah kerja2 Polis yg gadai nyawa tp dimaki cerca. hanya segelintir yg kurang elok jgnlah di hina yg ramai berjasa ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham..