Dyana
Sofea Mohd Daud, anak kelahiran Perak berbangga dapat berkhidmat untuk
memastikan kemenangan calon DAP di Gelang Patah sekaligus berusaha mendekati
pengundi Melayu yang membentuk 34 peratus saiz pengundi berdaftar.
Ketika ditemubual The Malaysian
Insider baru-baru
ini, Dyana, seorang peguam di ibu negara berkata peranannya amat penting bagi
membantu DAP memasuki kawasan majoriti Melayu terutamanya di kawasan
perkampungan, dan juga kawasan Melayu separa bandar.
"Salah satu peranan saya adalah memasuki kawasan Melayu dan
menerangkan bahawa DAP sebenarnya ok.
"DAP bukanlah anti Melayu, anti Islam, mereka berjuang untuk apa yang kita
percaya," katanya kepada The Malaysian
Insider.
"Saya tidak merasakan bahawa saya sahaja satu-satunya Melayu di
sini," kata Dyana, 26, yang bekerjasama di Bilik Gerakan DAP Gelang Patah
di Taman Ungku Tun Aminah, di sini di samping rakan-rakan kaum Cinanya.
"Kami berkongsi nilai, makanan dan kehidupan yang sama di negara
ini. Kenapa kita tidak boleh bekerja bersama-sama," katanya.
Antara strategi yang dilakukan Dyana adalah berkempen ke pasar dan juga
mengetuk pintu ke pintu di kawasan perumahan Melayu bagi mempromosikan Pakatan
Rakyat (PR) kepada penduduk setempat.
Jelasnya yang turut bercuti tanpa gaji selama sebulan, antara peristiwa
yang tidak dapat dilupakannya adalah seorang lelaki berumur menghampirinya
ketika berkempen dan berkata:"Nanti kita kuburkan Kit Siang."
Bekas penuntut Universiti Tekonologi MARA (UiTM) itu bagaimanapun
mengkaui persepsi DAP sebagai parti Cina masih lagi bermain di fikiran komuniti
Melayu.
"Selepas 55 tahun mengalami "brainwash" stigma itu masih
ada ... kami sedang berusaha untuk memecahkannya, dan ia sangat sukar.
Beliau turut mengakui, ibunya adalah orang kuat Umno, begitu juga rakan
kongsi firma guaman yang diusahakannya, namun atas sikap profesionalisme,
mereka mengetepikan pandangan politik dan boleh bekerjasama.
"Rakan kongsi saya turut membantu kempen Barisan Nasional (BN) dan
Umno ... Ibu saya tidak menghalang apa yang saya lakukan, bahkan kadang-kala
kami berkongsi pengalaman," katanya lagi.
M.....MELAYU memang mudah lupa. Mengundi DAP sama dengan
mencucuk diri sendiri dengan senjata tajam. DAP mungkin cuba akan
memberikan alasan kononnya mereka tidak mengamalkan perkauman... padahal 13 Mei 1969 merupaka tragedi yang tak akan MELAYU lupakan...
dyana sendiri pun hanya mampu masuk uitm. Ramai lagi melayu yg lebih pandai dan hebat dari si dyana ni. Imagne kalau tak kerana dia tu melayu agak2 nya uitm pun tak bleh masuk. Dia ingat anak cucu dia boleh compete ker dgn bangsa cina yg kita tau memamng monopoli ke mana saja mereka pergi. cina dapat hidup di negara ni sebab Dalam islam at least kita tak dapat menindas bangsa lain kerana berdosa. Kalau bukan islam berkuasa dyana ni iingat anak cucu dia boleh survive ke? Melayu lain yg lebih hebat dan skillfull boleh hidup dimana saja termasuk luar negara. Kalau setakat si budak uitm perasan ni...cucu cicit dia Survive dalam museum melayu macam di singapura je lah jawabnyaaaa.
ReplyDelete