Biarlah apa yang orang nak cakap dan anggap mengenai Kerajaan Malaysia . Pelbagai tuduhan dan persepsi yang dilontarkan oleh sabahgian rakyat Malaysia mengenai Kerajaan pimpinan Najib Razak. Persepsi "nakal" yang dicipta oleh Pembangkang hasil garapan pemimpin "sondomi" PR. Walaupun dikencam tetapi kerajaan Najib Razak tetap meneruskan dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Prihatin kepada rakyatnya.
"Saya sudah cakap banyak kali, sekarang
ini memang tidak ada lagi pakej yang boleh ditawarkan dengan
harga bawah RM4,000 kerana tiket penerbangan sehala sahaja sudah mencecah
RM1,800, jadi mereka yang hendak pergi menunaikan umrah perlu berhati-hati- Datuk Seri Azeez
Kesemua jemaah umrah berkenaan yang tiba pada
6.10 petang, gembira dan lega kerana selamat tiba di tanah air.
Yanti
Saliza Ibrahim, 34, pegawai di sebuah bank berkata beliau pergi menunaikan
umrah bersama empat anggota keluarga termasuk ibu mertuanya sejak 21 Mei lepas.
"Saya
mengikuti pakej umrah ini melalui Koperasi Proton, syarikat adik saya
bekerja..saya difahamkan, agensi umrah ini telah berurusan dengan koperasi
sejak tahun lepas.
"Keluarga
saya telah mengikuti kursus umrah dan kami diberitahu ada individu tertentu
yang akan taja perbelanjaan selebihnya," katanya kepada pemberita ketika
ditemui di ruang menunggu KLIA di sini, pada Isnin.
Bagi
Seripah Tahar, 57, yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang berkata beliau
tidak berpuas hati dengan pengurusan agensi umrah itu.
Seripah
mendakwa sejak hari pertama dia menunaikan umrah pada 21 Mei lepas, tiada
seorang pun mutawif yang kelihatan daripada agensi umrah terbabit yang
menyertai rombongan mereka.
Katanya
beliau membawa kaum keluarganya termasuk anak dan menantunya mengikuti umrah
itu kerana harganya yang murah.
Sementara
itu, Mohd Nor Akmal Omar, 50, berkata beliau berterima kasih dengan Biro
Kebajikan Umno kerana menguruskan kepulangan beliau dan rombongan umrahnya yang
terkandas sejak 2 Jun lepas.
"Kami
rasa terhutang budi kepada Ustaz Muiz daripada Kedutaan Malaysia di Makkah yang
banyak membantu menguruskan keperluan kami sejak kami terkandas serta
memberitahu perkembangan semasa mengenai perkara ini," katanya yang
bekerja sebagai penyelia Proton.
Pesara
kerajaan, Abdul Ramis Abdul Rahim, 60, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang
pula berkata biarlah pihak berwajib sahaja yang mengambil tindakan ke atas
agensi umrah berkenaan.
"Bukan
urusan kami untuk ambil tindakan, biarlah Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan sahaja yang uruskan," katanya yang mengerjakan umrah bersama
empat anggota keluarganya.-BERNAMA
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment