Tuesday, 30 September 2014

#SukanAsia2014 : Malaysia akan rayu kes pingat emas pertamanegara ditarik balik. @501Awani



Kontinjen negara masih belum hilang emas pertama yang diraih menerusi atlet wushu Tai Cheau Xuen dalam kategori gabungan nanquan dan nandao pada Sukan Asia ke-17 di sini.


Ketua kontinjen negara Datuk Daniyal Balagopal Abdullah berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung dakwaan Majlis Olimpik Asia (OCA) bahawa atlet terbabit gagal ujian doping.

Beliau berkata beliau akan mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kerana timbul keraguan terhadap ujian air kencing yang dijalankan terhadap atlet berkenaan. "Dari awal kita telah pertikaikan cara sampel itu dikendalikan. Kita akan kemukakan rayuan kepada CAS secepat mungkin, pada hari ini juga. "Saya akan jumpa Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz (ketua pegawai eksekutif institut sukan negara dan pihak Institut Sukan Negara (ISN) dan buat satu rayuan menerusi CAS," katanya.

Menurut Daniyal, terdapat lima sampel atlet termasuk sampel atlet Malaysia yang dibawa bersama dan beliau tidak menafikan sekiranya berlaku kekeliruan atau kesilapan terhadap keputusan ujian yang dibuat. "Ia adalah kelewatan yang terlalu lama bermula dengan sampel diambil hingga diserahkan kepada makmal. 

"Mereka bagi alasan untuk kumpul sekali, baru hendak dibawa ke makmal untuk dibuat ujian. Kita akan merayu. Kita sudah menemuduga atlet terbabit dan kita dapati beliau tidak bersalah," katanya.

OCA hari ini memutuskan untuk menarik balik pingat yang dimenangi Cheau Xuen kerana beliau didapati gagal ujian dadah.

Menurut kenyataan pihak penganjur, ujian sampel air kencingnya yang dilakukan selepas pertandingan pada 20 September mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam Senarai Larangan Agensi Anti Doping Sedunia (Wada).

Berita @501Awani

Saturday, 27 September 2014

Ceramah Untukmu Gaza : Buat Apa Nak tipu Rakyat Baling. #ParlimenBaling


Hampir 10 ribu rakyat Baling hadir !! KK tak la nak 'kondem' sapa-sapa dalam hal. Asal buat benda baik dan niat baik inshaaallah KK pun sama join program korang.

Semalam berlansung siri ceramah Untukmu Gaza yang di anjurkan oleh 'Ajk' Masjid Ridhuwaniah Pekan Baling ataupun Dewan Pemuda PAS mana yang satu pun KK tak tau. Siapa yang anjur pun KK sokong demi membantu dan menunjukan keperihatinan umat islam di Malaysia kepada rakyat Palestin.


Apa yang KK hairan, mengapa benda baik macam ni puak PAS nak main politik juga. Tapi memang sikap PAS semua benda nak di politikan. Sebab tu..lah kita tengok ceramah berkenaan tak dapat sambutan.. niat dari awal tak betul.. 

Lebih mendukacitakan KK sesusai ucapan 'wakil Palestin' entah lah...  hadirin terus beredar pulang. JELAS riak diwajah mereka agak keliru dan kesal. Terfikir juga KK hadirin ni tak nak dengar ker ucapan pemimpin politik.. bukan calang2 orang plak tu.. 

Hehhh... apasal KK cakap macam tu.. sebab ini lah.. cuba korang tengok Poster tu.. dia cuba nak main wayang sebenarnya. ataupun DPP Baling takut dengan bayang2 sendiri. Inikah yang dikatakan berjuang demi kebenaran. 2 tempat yang berbeza ? yang mana satu betul tarikh islam pun salah... 

jadi kepada kempinan PAS jangan takut..untuk menyeru kepada kebaikan, jika niat kita ikhlas.. inshaallah pasti ada ganjaranya.. 



Friday, 26 September 2014

@TMCorp SILA AMBIL PERHATIAN !! #ParlimenBaling @azeezputera #FB


Kabel telefon  kena curi , pihak TM tak boleh buat apa-apa dah. Terserah kat tuan pemilik akaun telefon... betul ke macam tu.. maknanya telekom hanya mrenjadi pembekal peralatan dan perkhidmatan lah... HABIS siapa pula yang menjaga harta benda tersebut ?


Sumber fb






Thursday, 25 September 2014

#PRKPengkalanKubor : TAHNIAH #BARISANNASIONAL MENANG DENGAN MAJORITI 2635. @NajibRazak


73% keluar mengundi di Pengkalan Kubor, keputusan dijangka rasmi dijangka seawal 9 malam.

Menurut sumber tidak rasmi pada PRK N01 Pengkalan Kubur Barisan Nasional berjaya menambah manjoriti dengan lebih besar.


Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor tiba dengan 24,039 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 12 Pusat Mengundi yang telah dibuka seawal pukul 8 pagi.


PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN iaitu Tuan Haji Mat Razi Mat Ail dan calon PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim serta seorang calon bebas iaitu Izat Bukhary Ismail. Setelah 12 hari berkempen, calon BN dilihat berpotensi mengekalkan kemenangan yang diperolehi tiga penggal berturut-turut sejak PRU ke-11.


Ikuti bersama klxpress untuk mengetahui perkembangan terkini sepanjang tempoh hari pembuangan undi hingga keputusan diumumkan. (Klik di sini untuk update terkini)

Monday, 22 September 2014

Kalau dulu !! 'Skit skit menjeling .. tu tak lagi bab mencubit..."


Dating tapi tak solat ?

Dating mmg best ... Masyuk .. lupa dunia ... semua wangi time ni .. Kalau berborak pun tisu senantiasa di tangan .. Ketawa je mesti tutup mulut .. Skit skit menjeling .. tu tak lagi bab mencubit .. " ala u niii " .. kan kan .. Bila masuk waktu solat, apa cita ? (Gambar sekadar Hiasan)

Ni aku mau cerita skit pengalaman aku dikenakan dek wife aku .. huhu.. dulu jahil giler aku .. Bab solat ni , tak jaga langsung .. Serius ni .. bukak pekung ni .. Tujuan untuk kebaikkan bersama yer.. Kalau takat nak solat pun , solat Jumaat n tunggu time raya je ..tu pun miss gak .. huhu .. berdosanyer .. huhu.. tak per ..cerita lama ..semoga Allah mengampuni dosa dosa aku dulu .. dan juga akan datang ..

Masa memula aku kenal wife aku ni , aku tau dia mek kelate ... orang kata ( orang yang kata ) mek kelate ni , bab agama jaga .. Wallahualam .. tapi awek yang aku kenal ni ( skang wife la ) dulu sekolah arab ( maahad muhammadi ) .. kira setiap kali aku nak kuar dating , aku kena telan air liur dulu .. kenapa ? huhu ..

Tak kira kat mana .. aku kena tau .. di mana surau ... kalau kat SOGO , di manakah surau .. Kalau di KLCC , semua orang tau kan .. Di Sg.Wang , dimanakah terletaknya surau .. maunya tak , masuk waktu .. tanya kat mana surau .. Kalau tak tau malu la kan ...

Nakak dijadikan cerita , satu hari tu dia tanya aku .. masuk waktu dah ni .. jom solat sekali .. huhu.. aku senyum je la .. aku bawak dia g surau .. sampai kat surau .. dia masuk , aku tunggu kat luar .. huhu.. bengong ...

Aku perasan dia tau aku tak masuk surau .. Satu hari tu .. dia ajak aku g makan satay kat Bangi .. Aku on je la .. dok dating ni .. hehe .. Masuk waktu maghrib , dia berenti kat stesen minyak Shell .. aku tanya wat pe ? Nak solat katanya ..

Dia turun .. dia ajak aku sekali .. suh teman .. aku follow jer la .. sampai kat surau tu ..

" Gi la solat dulu .. pastu baru g makan " .. Aku terkedu je la .. mau tak mau , amik wudhu , solat terus ...

Pilihan yang mana patut dijadikan teman hidup ... yang membawa ke syurga atau neraka ...

Sejak dari tu , haaaa... kuar mesti singgah masjid .. nak mudah .. dating area masjid putra je ... hahahaha ...

Aku cerita ni bukan nak bangga diri .. cuma nak peringat diri jer ..
sumber : Ben 

Sunday, 21 September 2014

[ VIDEO ] "Janji Allah itu pasti, Musibah akan makan diri" 18PL #PRKPengkalanKubor



Janji Allah itu pasti. Musibah akan makan diri dan parti akan datang dengan sendiri dalam akar umbi yang tak puas hati,. tiada jati diri menyalah guna Islam sejati .

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.



Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).


Eloklah dulu buat sembahyang hajat dan doa supaya UMNO dan BN K.O sekarang ahli dia sendiri doa kehancuran dia Heh.. yang aku hairan dengan ULAMA PAS, Doa hancurkan umat islam diluar PAS tak de plak diaorang nak tegah dan kecohkan..tapi doa utk umat islam dalam parti PAS tak boleh pulak.., sedangkan kita semua sama menganut agama islam yg satu. Bukan nya ada islam UMNO.. islam PAS atau islam PKR.

kifarah bakal menjelma di dalam gabungan Pakatan Rakyat. Perlahan-lahanlah kau merasainya. Bersyukurlah kerana doa kau telah di kembalikan tampa cacat celanya. Jangan taksub gila menyokong kerana dalam diam.

Monday, 15 September 2014

Gambar #ParlimenBaling : Perarakan Sambutan #HariKemerdekaan Peringkat Daerah Baling. #DisiniLahirnyaSebuahCinta @azeezputera


Gambar menarik semasa berlansungnya sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 Peringkat Daerah Baling. Sambutan yang diaadakan pada 15/9/2014 (Isnin) jalan Pekan Baling melalui hadapan Pejabat Daerah Baling. Pelbagai kontijen/Jabatan Kerajaan/NGO serta Persatuan mengambil bahagian mempamerkan Kompenan utama.

Paling yang menarik perhatian adalah kelab Bermotosikal Baling Baikers Club, Vespa dan juga Kelab kereta 4x4 Triton Baling.

Buat julung kalinya, pembarisan kali di sertai kompenan Parti Politik dari Barisan Nasional.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakanya....




















Sunday, 14 September 2014

Gangguan Teknikal :#MH198 ke Hyderabad Berpatah Balik KeranaMasalah Teknikal. @MAS


Kuala Lumpur : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH198 yang berlepas ke Hyderabad, India pada 10.20 malam tadi terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikalPesawat Pesawat Boeing 737 itu mendarat di KLIA pada 2.01 pagi tadi tanpa sebarang insiden.

Menurut kenyataan MAS pagi ini, kerosakan itu tidak memberi kesan kepada pesawat atau penumpang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kapten pesawat mengambil keputusan untuk berpatah balik.

"Sejurus tiba, penumpang dan kru keluar dengan selamat dan diberi penginapan di hotel berhampiran,"

menurut kenyataan itu. Penerbangan MH198 sudah dijadualkan semula sebagai MH198D dan akan berlepas pada 12 tengah hari nanti dan dijangka tiba di Hyderabad pada 1.35 petang waktu tempatan.


"Malaysia Airlines kesal dengan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang tetapi menegaskan keselamatan penumpang kekal keutamaan syarikat," menurut kenyataan itu.


Sumber : Berita Harian

Saturday, 13 September 2014

#PRKPengkalanKubor #N01 : Siapa Calon PAS !!


PRK Pengkalan Kubor bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Wan Rosdi Wan Ibrahim (Pas), Mat Razi Mat Ail dari (BN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).


Siapa calon PAS paling layak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor apabila penduduk kawasan itu menolak calon ‘import’ ?


Jika rakyat mahukan calon anak jati kelahiran Pengkalan Kubor, siapa yang sepatutnya.....? Sebagai anak Kedah aku sokong calon PAS di Pengkalan Kubor. RAKYAT Kedah harus berbangga apabila calon Pas untuk PRK Pengkalan Kubor merupakan seorang anak Kedah. Bukanya senang orang  luar diletakan sebagai CALON IMPORT mewakili PAS.


Gempar !! Kini 300 Tentera Amerika (USARPAC) Berada di Malaysia.


Mereka tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis dengan lengkap bersenjata.

Kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia.


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Perhubungan Raya Tentera Darat pada Jumaat memaklumkan kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014.


Sumber.

Thursday, 11 September 2014

Innalilahiwainalilahirojiun : Alfatihah Semoga Syurga Tempatmu Wahai Mujahidin.


Ibu kepada Mohd Fadlan Shahidi Mohammad Khir yang terkorban akibat serangan jet pejuang tentera di Syria kelmarin yakin anaknya itu benar-benar serius dan ikhlas dalam perjuangannya.

Kerana itu, kata Fatimah Md Lazim, 55, beliau redha dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu.

"Kami tidak sangka sama sekali tragedi itu boleh menimpa dirinya tetapi kami yakin dan percaya dia ada keikhlasan untuk sama-sama berjuang bila berada di negara itu (Syria)," katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Kabu Mahang di sini.

Fatimah, 55, berkata anaknya bertolak ke negara itu pada 14 Mei lalu.

"Dia ketika itu sekadar berhubung melalui telefon dengan berkata akan pergi ke Syria dan dia tidak memberi penjelasan lanjut," katanya.

Fatimah berkata dia tidak dapat menahan kehendak anaknya itu memandangkan usianya telah mencecah 21 tahun.

"Dia ada ilmu agama setelah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bukit Jelutong dan selepas itu menyambung pula di sebuah pondok di Kampung Ulu Bakai di sini," katanya.


klik  disini untuk berita selanjutnya.

Mohammad Fadlan Shahidi adalah anak kelima daripada lapan adik-beradik, empat lelaki dan empat perempuan.

Akhbar tempatan melaporkan turut cedera dalam pertempuran itu adalah lima lagi rakyat Malaysia iaitu Mohd Lofti Ariffin yang dikatakan parah dan masih tidak sedarkan diri.

Empat yang lain ialah seorang yang dikenali sebagai Abu Afghan dan tiga yang lain belum dikenal pasti.

Menurut akhbar itu, Mohammad Fadlan yang juga dikenali sebagai Abu Muhajir dan berasal dari Kulim, meninggal dunia ketika berada di kawasan kawalan mereka di Hama, Syria.


"Kawasan tersebut telah diserang oleh jet pejuang tentera Bashar Al-Assad dan kejadian terbaharu ini menjadikan Mohammad Fadlan sebagai rakyat Malaysia keempat terbunuh di Syria setakat ini," menurut sumber yang dipetik akhbar itu.-- BERNAMA


Wednesday, 10 September 2014

Pendakwah 'Wan Ji' ditahan di bawah #AktaHasutan


Wan Ji sebelum ini dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan institusi diraja.  Semalam, Pejabat Peguam Negara memaklumkan jabatan itu kini sedang meneliti beberapa kes yang membabitkan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 termasuk membabitkan pensyarah undang-undang Prof Azmi Sharom.


Seorang pendakwah Islam, Wan Ji Wan Husin dilaporkan ditahan awal pagi tadi dibawah Akta Hasutan.

Menurut laporan portal berita The Malaysian Insider , Wan Ji, 32, ditahan di kediamannya di Shah Alam sekitar 2 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam.

Penahanan turut disahkan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam ketika dihudungi oleh Astro AWANI. Dia yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dijangka akan didakwa hari ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan oleh Pemuda Parti Keadilan Rakyat, PKR berkata pergerakan itu mengutuk penahanan Wan Ji.

“Kami komited untuk mendesak kerajaan mendengar suara rakyat yang menuntut agar akta itu (Akta Hasutan 1948) dikaji semula. Kami juga akan menghulurkan bantuan guaman sekiranya dia didakwa di mahkamah,” kata kenyataan yang di- keluarkan anggota pergerakan itu, Zafril Eusoff.

Dalam kenyataannya, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berkata ia adalah satu proses biasa dan memberi jaminan bahawa jabatan itu akan sentiasa berlaku adil. Keputusan mengenai kes-kes terbabit akan diumumkan dalam masa terdekat.

Azmi telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 2 September lalu kerana menggunakan perkataan hasutan berkaitan krisis politik di Perak. 

-AstroAwani-

Sunday, 7 September 2014

KISAH MALANG SEORANG WANITA DIMALUKAN DI KHALAYAK UMUM.



Kisah ini berlaku dan akan terus berlaku akibat sikap tamak dan pentingkan diri sendiri. Tak kiralah siapapun malahan keluarga sendiri di "lacur" demi kepentingan politik kotor.

sumber video


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din malam Sabtu mengesahkan kenyataan Presiden PAS bahawa Datin Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor.

Hat ni la... Presiden PAS
Keputusan Pas untuk menolak cadangan PKR melantik Datin Seri Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor kekal bila Presiden PAS, Datuk Seri Hj Hadi Awang pagi tadi menyatakan  Wan Azizah tidak layak menjadi MB Selangor bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

” Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana tiada pengalaman mentadbir kerajaan dan dikhuatiri setiap keputusan yang dibuat akan dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang terjadi sebelum ini. Bagi seorang wanita seharusnya menjadi  pendamping kepada suaminya mengikut ajaran Islam dan begitu banyak kelemahan Wan Azizah terserlah ketika menjadi wakil rakyat. Malah menurut Presiden PAS itu, tugas-tugas  Menteri Besar  adalah penting kerana ia turut menjadi penasihat Agama Islam kepada DYMM Tuanku dan tidak boleh digalas oleh seorang wanita. Beliau turut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS berkaitan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar borang permohonan menyertai PAS semalam “.

 ” Sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, PAS mempunyai pendirian yang tetap dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada Majlis Syura Ulama.  PKR tidak boleh menggunakan kuasanya bagi memutuskan siapa yang layak menjadi MB Selangor sepertimana yang diputuskan oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini. Presiden PAS turut berpendirian bahawa telah mempunyai calon dikalangan pemimpin PAS Selangor yang layak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor memandangkan PAS memiliki 15 kerusi DUN tetapi Anwar Ibrahim masih tetap meletakan Wan Azizah”.

Mengulas spekulasi Calon MB Selangor dari kalangan pemimpin PAS,    “Senarai nama calon akan diputuskan melalui Majlis Syura Ulama dalam masa terdekat. Keputusan Anwar Ibrahim juga bersifat peribadi dan beliau mengakui telah menerima kunjungan daripada Anwar Ibrahim pada hari Isnin lalu tetapi tetap menolak hasrat supaya Wakil Rakyat PAS Selangor menandatangani Akuan Bersumpah berhubung isu pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim. Kesal dengan pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat yang menunjukkan kegagalan Anwar Ibrahim menyelesaikan kemelut politik bermula dari pemilihan PKR hingga berlakunya pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim”.

” Kesal selaku pemimpin yang lama setiap keputusan  Anwar Ibrahim dipengaruhi  oleh Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution yang dilihat sebagai budak hingusan dan banyak mendatangkan masalah kepada Pimpinan Pakatan Rakyat. Kedua-dua mereka ini merupakan mentor kepada Anwar Ibrahim termasuk memulakan Langkah Kajang lalu yang turut memusnahkan kesepatakan Pakatan Rakyat yang terjalin selama ini “. jelas Hadi Awang ketika menjawab pertanyaan dari media Harakah.

Wednesday, 3 September 2014

TAHNIAH !! Pasukan Kedah Layak Ke Suku Akhir, Bakal Bertemu Kelantan. #HijauKuning @MukhrizMahathir @ASTROARENA


Pasukan Kedah layak perlawanan suku akhir setelah berjaya menewaskan Pasukan Perak 2 gol tanpa balas. Pada perlawanan di Stadium Darul Aman malam ni, dibanjiri dengan lautan penyokong Kedah seolah-olah menggamit kembali nostalgia kebangkitan pasukan Kedah 2007/2008.

Namum begitu gol yang dicari pasukan Kedah menjelma menerusi Bily Mehmet 72' dan jaringan 'world class' Badrol Bakhtiar 76'. Keputusan Kedah 2 Perak 0.

Seterusnya pasukan Kedah akan bertemu pasukan dari Pantai Timur, Kelantan di peringkat suku akhir. Apa yang menarik pada piala Malaysia 2014 kali ini, 3 Pasukan dari Liga Perdana berjaya menjuarai peringkat kumpulan.

Tahniah untuk team Kedah..... Pihak pengurusan.... Peminat dan penyokong... serta MB Mukhriz Mahathir... peace yooooo !!