Ibu
kepada Mohd Fadlan Shahidi Mohammad Khir yang terkorban akibat serangan jet
pejuang tentera di Syria kelmarin yakin anaknya itu benar-benar serius dan
ikhlas dalam perjuangannya.
Kerana
itu, kata Fatimah Md Lazim, 55, beliau redha dengan apa yang berlaku terhadap
anaknya itu.
"Kami
tidak sangka sama sekali tragedi itu boleh menimpa dirinya tetapi kami yakin
dan percaya dia ada keikhlasan untuk sama-sama berjuang bila berada di negara
itu (Syria)," katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Kabu Mahang di sini.
Fatimah,
55, berkata anaknya bertolak ke negara itu pada 14 Mei lalu.
"Dia
ketika itu sekadar berhubung melalui telefon dengan berkata akan pergi ke Syria
dan dia tidak memberi penjelasan lanjut," katanya.
Fatimah
berkata dia tidak dapat menahan kehendak anaknya itu memandangkan usianya telah
mencecah 21 tahun.
"Dia
ada ilmu agama setelah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bukit
Jelutong dan selepas itu menyambung pula di sebuah pondok di Kampung Ulu Bakai
di sini," katanya.
Mohammad
Fadlan Shahidi adalah anak kelima daripada lapan adik-beradik, empat lelaki dan
empat perempuan.
Akhbar
tempatan melaporkan turut cedera dalam pertempuran itu adalah lima lagi rakyat
Malaysia iaitu Mohd Lofti Ariffin yang dikatakan parah dan masih tidak sedarkan
diri.
Empat
yang lain ialah seorang yang dikenali sebagai Abu Afghan dan tiga yang lain
belum dikenal pasti.
Menurut
akhbar itu, Mohammad Fadlan yang juga dikenali sebagai Abu Muhajir dan berasal
dari Kulim, meninggal dunia ketika berada di kawasan kawalan mereka di Hama,
Syria.
"Kawasan
tersebut telah diserang oleh jet pejuang tentera Bashar Al-Assad dan kejadian
terbaharu ini menjadikan Mohammad Fadlan sebagai rakyat Malaysia keempat terbunuh
di Syria setakat ini," menurut sumber yang dipetik akhbar itu.-- BERNAMA
Post by Saiful Izuwan.
No comments:
Post a Comment