Thursday, 2 April 2015

"'Topup' Didahulukan Rakyat Yang Ditekan" #GST @HasanMalekKP @ahmadmaslan @mykpdnkk @KPDNKK

Kenapa kerajaan tunduk kepada syarikat Telco? Dulukan telco dari rakyat ?

Semua syarikat telekomunikasi akan mengenakan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus bagi setiap pembelian kad tambah nilai prabayar dengan memberi tambahan penggunaan masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengguna.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy berkata perkara itu dipersetujui hasil perbincangan antara pihaknya, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama ketua eksekutif syarikat telekomunikasi pagi tadi.

"Syarikat telekomunikasi bersetuju sebagai contoh kad tambah nilai RM10 dijual pada harga RM10.60 dan pengguna diberi tambahan masa berbual dan SMS melebihi RM1.

"Keputusan ini dikuatkuasa serta merta untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini dan selepas tamat tempoh ini semua pihak akan mencari satu jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang," BH

Ehhh rakyat di pendalam mana mahu tahu masa berbual/panggilan di tambah malahan manjoriti rakyat kini dah tak layan lah SMS.


BOLEH PEERCAYA KE ? syarikat telco akan tambah masa panggilan ... setahu KK yang telco balun / curi ada.. telco ada ganti ker caj panggilan yang tiba2 terputus... kredit yang di 'kebas' oleh pihak ketiga. http://amanz.my/2015/03/skmm-mengeluarkan-kompaun-sebanyak-rm1-01-juta-terhadap-syarikat-telekomunikasi-tempatan/

Bagi KK mudah jer .... KEKAL nilai harga topup seperti biasa RM10 dah tak perlu lah ditambah nilai panggilan dan SMS. Kami dibawah bukan sedarpun nilai pangillan ditambah atau dipotong, yang penting nilai yang HARUS dikeluarkan untuk membayar.

ITU MENUNJUKAN HARGA NAIK LEPAS GST DI LAKSANAKAN.

No comments:

Post a Comment