Gunung Pulai sudah menjadi milik syarikat YIKED Holdings Sdn Bhd (Yayasan Islam Negeri Kedah ). Pelik dengan projek yang sudah dibatalkan operasinya oleh kerajaan terdahulu boleh diizinkan beroperasi pada hari ini, adakah bermakna kerajaan terdahulu lebih prihatin kepada nasib rakyat berbanding dengan kerajaan yang ada pada hari ini ?
Penduduk akan terus melakukan desakan dan membantah secara aman. Peluang pekerjaan penduduk yang bergantung kepada gunung ini akan terjejas sekiranya projek itu dilaksanakan.
"Jalan juga akan rosak, gua-gua yang ada pada Gunung Pulai ini juga akan musnah'
kawasan itu dipercayai mula dimohon pihak terbabit pada 2008 dengan mesyuarat bersama penduduk kampung dibuat dua tahun kemudian, sebelum surat bantahan dihantar pihaknya kepada Pejabat Daerah Baling pada Oktober 2011.
Surat bantahan itu dipanjangkan oleh Pejabat Daerah Baling kepada YIKED Holdings Sdn Bhd pada November 2011.
Keaslian dan keindahan alam semula jadi sekitar Gunung Pulai di sini, dikhuatiri rosak ekoran cadangan pembinaan kuari dan kilang batu kapur di kawasan Gua Kelambu.
Individu ternama disyaki jadi dalang.
Menurut sumber itu lagi, beberapa individu ternama dan berpangkat disyaki terlibat secara langsung dengan projek berkenaan.
Malah katanya, ada individu berpengaruh turut didakwa menerima sejumlah imbuhan agar tidak membantah operasi tersebut.
“Pihak-pihak ini juga disyaki memujuk segelintir penduduk di kawasan sekitar supaya tidak membantah apabila syarikat itu memulakan operasi yang diluluskan,” katanya yang enggan mendedahkan nama mereka terlibat atas faktor keselamatan.
Minta SPRM bertindak
Sumber itu menambah, diharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap masalah ini.
No comments:
Post a Comment