Wednesday, 22 May 2013

BERANI !! @MukhrizMahathir cabar pakatan untuk melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. #blackout505

Ya Allah kurniakan kami pemimpin-pemimpin yang bertaqwa, pemimpin-pemimpin ... Bertolak ansur itu sebaik-baik tindakan.

Ya Allah,kurniakan kepada kami isteri kami, zuriat keturunan kami sejuk mata memandang & jadikan kami pemimpin kpd orang orang yang bertakwa.


KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN

Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah.

Tumpuan kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sekarang ialah untuk memenuhi segala akujanji dalam tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi ikrar melakukan transformasi menjana pembangunan yang bermanafaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latarbelakang .

Sehubungan dengan itu saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan. Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan Pru13 termasuklah di negeri yang mereka menangi.

Saya cabar pakatan untuk melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya masih tidak boleh menerima keputusan Pru13 yang lalu.

Jangan kelirukan rakyat dengan memanipulasikan isu undi popular. Tidak wajar untuk mereka memaksa Kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di Negeri-negeri yang dimenangi.

Saya juga menyeru Anwar serta konco-konconya dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara khususnya negeri Kedah yang aman damai.

KK : Syukur Al-Hamdullilah....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment