Terpaksa meredah 10 buah hotel di bandaraya Ho Chin Minh untuk mencari tempat penginapan selain untuk mendapatkan keperluan asas bayi seperti susu dan pakaian.
Ikuti Temubual Ekslusif Wanita Diabaikan Penerbangan Air Asia oleh wartawan TV3.
Itu antara kesukaran yang terpaksa ditempuhi Izan Suhaila Mohd Ali bersama si kecilnya yang baru berusia 14 bulan.
Semuanya gara-gara tindakan petugas sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang tidak membenarkan bayinya Maryam Sofea Mohd Riza menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air kerana didakwa mengidap demam campak.
Izan Suhaila buat pertama kali tampil memberi kenyataan sejak insiden yang menimpanya pada 18 mei lalu mendapat perhatian ramai pihak.
Dalam satu pertemuan eksklusif bersama Buletin Utama di kediamanya di Seremban, Izan Suhaila berkata beliau tampil memberi kenyataan selepas kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak Air Asia.
Tertera kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Berhad, Aireen Omar.
Antara lain, Aireen memaklumkan Air Asia telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka dua beranak itu serta dua orang dewasa yang menemani mereka secara percuma sebaik didapati sihat sepenuhnya.
Turut ditawarkan, urusan penginapan dan pengangkutan namun jelas Aireen, tawaran itu ditolak mereka kerana sudah mempunyai apa yang diperlukan sepanjang berada di Ho Chin Minh.
Tegas Izan Suhailia, selepas meneliti kenyataan yang dikeluarkan pihak Air Asia, didapati ada percanggahan kenyataan berbanding situasi sebenar yang berlaku.
Namun akui beliau, Air Asia ada menawarkan tiket penerbangan untuk pulang ke tanahair selepas anaknya disahkan pulih selain perlu membayar 35 dolar.
Jelasnya lagi beberapa individu prihatin yang melihat insiden berkenaan telah bermurah hati menyumbangkan wang tunai untuk menampung perbelanjaannya.
Dengan wang berkenaan, Izan Suhaila dapat gunakan untuk mencari tempat penginapan dan mendapatkan barang keperluan asas untuk bayinya.
Saksikan video di TV3 : Temubual Ekslusif Wanita Diabaikan Penerbangan Air Asia http://t.co/aLoFcdbWfj
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment