Tuesday, 15 October 2013

KECOH DI BALING : Calon Dakwa Tidak Dimaklumkan Sama Ada Menang Atau Kalah. @azeez_putera #pemilihanUMNO @NajibRazak


‎Lima calon yang bertanding bagi jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno bahagian Baling pada Sabtu lepas mendakwa mereka masih tidak mendapat keputusan pertandingan jawatan itu sama ada menang atau kalah.
Mereka turut mendakwa telah menghubungi setiausaha pergerakan itu tetapi gagal mendapat jawapan.
Akibat tidak puas hati seorang daripada mereka membuat laporan polis di IbuPejabat Polis Baling semalam.
Seorang calon terbabit, Hasliza Harun, 48, mendakwa sehingga Isnin, beliau tidak dimaklumkan sama ada menang atau kalah bagi jawatan anggota jawatankuasa yang ditandinginya.
Bekas setiausaha pergerakan Wanita Umno bahagian Baling itu berkata keputusan pertandingan semua jawatan dalam pergerakan Wanita Umo bahagian Baling diumumkan pada pukul 4.30 pagi tetapi tidak semua keputusan calon yang bertanding diumumkan menyebabkan berlaku salah faham antara perwakilan.
"Kami akan menyerahkan bukti termasuk gambar ada pihak yang tidak berkaitan berada di dalam dewan pengundian dan di bilik mengira undi," katanya.
Seorang lagi calon anggota jawatankuasa, Fuziah Shaarim, 51, berkata beliau juga tidak mengetahui keputusan sama ada menang atau kalah kerana tidak diumumkan.
Nafisah Sulaiman, 45, pula melahirkan kekesalannya kerana tidak berlakuketelusan dan mendakwa keputusan pertandingan pada Sabtu lepas meragukan.-BERNAMA


No comments:

Post a Comment