"Awalnya saya anggap ia hanya komen, namun apabila timbulnya
ugutan bunuh, rakan-rakan telah menasihatkan saya agar membuat laporan
polis," ujar Nabila dipetik sebagai berkata melalui AF Buzz.
Menurut Team Produksi AF, insiden ini adalah satu isu yang
serius dan tidak boleh dipandang mudah untuk keselamatan pelajarnya. Malah
laporan polis yang dibuat adalah bagi melindungi pelajar tersebut yang menerima
ugutan dan cacian.
Untuk info, kes tersebut kini kemungkinan disiasat di bawah
seksyen 506 kanun keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Antara mesej yang berbau ugutan
Salinan laporan polis yang dibuat Nabila
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment