Monday, 23 December 2013

Video Letupan Di Danok : Tiada Rakyat Malaysia Cedera. @BeritaHarian @myberita

 

 Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Cedera.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam siri letupan di selatan Thailand, Ahad.
 
Letupan bom itu berlaku di hadapan balai polis di Padang Besar di kawasan Thailand, di hadapan balai polis Sadao dan di hadapan dan belakang Hotel Oliver di Danok.


Insiden itu turut berlaku di hadapan Disco Bangkok di Danok dan di hadapan Tesco Lotus di Sadao.
"Saya sahkan tiada langsung warga Malaysia cedera dalam letupan itu," kata Hamzah ketika dihubungi pada malam Ahad.

Media sebelum ini melaporkan dua warga Malaysia merupakan antara lebih 20 orang yang cedera dalam satu siri serangan bom di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia.

Menurut kenyataan daripada Wisma Putra, seramai 27 orang awam cedera dalam insiden letupan bom itu dan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera.M

No comments:

Post a Comment