3 Dis (Bernama) : Sebuah
helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas
ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah,
semalam.
Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.
Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama Isnin mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.
Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment