Tuesday, 24 December 2013

"BN akan kalah lebih teruk " @myberita @NajibRazak

Kenyataan "sinis" Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed yang dikeluarkan akhbar Sinar Harian.
Nur Jazlan jangka BN akan kalah lebih teruk
11:15AM Dis 23 2013 

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan BN akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik kenyataan MP Pulai itu yang berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan kos berkenaan.

“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” katanya.

Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan yang menurutnya mungkin terpaksa mengorbankan janji pilihan raya – untuk menurunkan kos sara hidup.

“Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu),” katanya lagi.

Laporan sama memetik kenyataan MP Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun yang berkata, kerajaan sepatutnya membuat penerangan lebih awal sebelum menaikkan harga barang dan keperluan tersebut.

Katanya, kemarahan yang timbul pada masa ini berpunca dari masalah penerangan dari agensi kerajaan terlibat.

"Kenaikan seperti (kadar) tarif elektrik dan (kadar) tol berkala sudah berlaku sepanjang masa, bukan perkara baru.

"Oleh itu, agensi terlibat seharusnya lebih peka untuk memberi penerangan dan (mengadakan) komunikasik bersama rakyat lebih awal, bukan satu atau dua bulan nak naik, baru beritahu. 

"Keadaan ini memberi kejutan kepada rakyat. Penerangan perlu diberi setahun lebih awal bagi memastikan rakyat faham mengapa kenaikan (harga) diperlukan," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Jika inilah sikap seorang pemimpin yang diamanahkan untuk memacu kerajaan, tetapi sikap seorang pemimpin yang "goyah" ditunjukan amat malang jika Kerajaan UMNO mempunyai seorang "pemimpin" yang demikian.

No comments:

Post a Comment