Kenyataan "sinis" Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed yang dikeluarkan akhbar Sinar Harian.
Nur Jazlan jangka BN akan kalah lebih teruk
11:15AM Dis 23 2013
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan BN akan mengalami kekalahan lebih
teruk di kawasan bandar dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenaikan
harga barang dan kos sara hidup.
Laporan Sinar Harian hari ini memetik kenyataan
MP Pulai itu yang berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat
akibat kenaikan kos berkenaan.
“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi
kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan
(kalah) lebih teruk (di bandar),” katanya.
Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan
yang menurutnya mungkin terpaksa mengorbankan janji pilihan raya – untuk
menurunkan kos sara hidup.
“Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi
kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu),” katanya lagi.
Laporan sama memetik kenyataan MP Kota Tinggi
Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun yang berkata, kerajaan sepatutnya membuat
penerangan lebih awal sebelum menaikkan harga barang dan keperluan tersebut.
Katanya, kemarahan yang timbul pada masa ini
berpunca dari masalah penerangan dari agensi kerajaan terlibat.
"Kenaikan seperti (kadar) tarif elektrik
dan (kadar) tol berkala sudah berlaku sepanjang masa, bukan perkara baru.
"Oleh itu, agensi terlibat seharusnya
lebih peka untuk memberi penerangan dan (mengadakan) komunikasik bersama rakyat
lebih awal, bukan satu atau dua bulan nak naik, baru beritahu.
"Keadaan ini memberi kejutan kepada
rakyat. Penerangan perlu diberi setahun lebih awal bagi memastikan rakyat faham
mengapa kenaikan (harga) diperlukan," katanya seperti dipetik Sinar
Harian.
Jika inilah sikap seorang pemimpin yang diamanahkan untuk memacu kerajaan, tetapi sikap seorang pemimpin yang "goyah" ditunjukan amat malang jika Kerajaan UMNO mempunyai seorang "pemimpin" yang demikian.
No comments:
Post a Comment