Tuesday, 31 December 2013
Gambar !! 1 Juta Rakyat penuhi Dataran Merdeka. #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis @PDRMsia @KBAB51 @myberita #TURUN #GULING
#RakyatPilihDataranMerdeka31Dis : Musnah !! Dia Bukan Artis Cuma Gadis Manis yang jadi Mangsa ? @PDRMsia @KBAB51 @myberita #TURUN
#RakyatPilihDataranMerdeka31Dis NYARIS DI BOM SELEPAS CUBAAN DIGAGALKAN PIHAK @PDRMsia @KBAB51 @myberita #TURUN
Ahli Parlimen Tak Kisah Penderitaan Rakyat. @myberita #RakyatPilihDataranMerdeka3 #TURUN
#BR1M hanya menggalakkan sikap pemalas rakyat Malaysia ? @NajibRazak @myberita
Adakah ini langkah terbaik dari kerajaan?
Monday, 30 December 2013
EHH !! Apa Hal Plak Kecoh-Kecoh @NajibRazak @myberita
Sunday, 29 December 2013
(Gambar) Pelajar bakar Universiti Al-Azhar. @myberita @inspirasiislami
Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan.
Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan.
Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.
Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut.
Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu.
Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.
Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar.
Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.
Sumber
Saturday, 28 December 2013
Ganti pesta ambang tahun baru dengan solat hajat, tahlil @jamawijaafar @PUMFACEBOOK @umnoonline
PESTA sambutan ambang tahun baharu yang penuh dengan elemen hiburan, konsert dan bunga api tidak perlu dianjurkan sebaliknya lebih elok digantikan dengan majlis solat hajat dan tahlil.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, cukuplah jika diadakan Solat Hajat serta bacaan tahlil dan soa selamat di masjid-masjid seluruh negara.
"Begitu juga kepada agama-agama lain bolehlah mengadakan program di rumah ibadat masing-masing. Kalau kita tidak berubah, kita akan rebah," kata beliau dalam entri terbaharu akaun Facebook peribadinya hari ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam memaklumkan akan tetap mengadakan sambutan ambang tahun baru walaupun terdapat pihak yang mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam tersebut.
Selain perhimpunan menggulingkan kerajaan pemimpin dan pengikut Pakatan Rakyat juga akan mengadakan perhimpunan bagi membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan diumum kerajaan yang menyebabkan peningkatan mendadak kos sara hidup.
Jamawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom berkata, rakyat Malaysia seharusnya berdoa supaya negara ini lebih aman dan makmur ekonominya pada alaf yang lebih mencabar. - MalaysiaGazette